Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wet-into-wetbasah ke basahKesenianTiadaPenambahan cat pada permukaan lukisan yang masih basah untuk menimbulkan kesan lembut dan beralun.
wet docklimbungan basah; dok basahKejuruteraanTiadaTiada
wet-on-wetbasah atas basahKesenianTiadaTiada
wet reagentbahan uji basah; reagen basahFizikTiadaTiada
wet bulb temperaturesuhu bebuli basahSainsHidrometeorologi1. Suhu yang dibaca daripada termometer bebuli basah. Bagi maksud amali, suhu yang didapati kenal pasti sebagai suhu bebuli basah isobar. 2. Suhu bebuli basah isobar. Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik sehingga tepu pada tekanan tetap oleh penyejatan air ke dalam dengan semua haba pendam dibekalkan oleh kompok itu. 3. Suhu bebuli basah adiabatik. (atau suhu bebuli basah semu). Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik ke tekanan asal dalam proses adiabatik tepu. Ia merupakan suhu bebuli basah sebagaimana yang dibaca daripada gambarajah termodinamik dan sentiasa didapati kurang daripada suhu bebuli basah isobar, selalunya sebanyak pecahan darjah Celcius.
granulationgranulasiFarmasiFarmaseutikProses membentuk granul. Proses ini dilakukan selepas proses pencampuran serbuk untuk memastikan taburan yang seragam dalam granul. Proses ini boleh dilakukan secara kering atau basah. Penggranulan basah menggunakan pelarut manakala penggranulan kering menggunakan tekanan yang tinggi. Lihat juga granul.
slurrybuburanFarmasiFarmaseutikCampuran serbuk pepejal berair yang pekat hasil daripada proses pengisaran basah. Lihat juga pengisaran basah.
wet spinningpenspinan basah (PEM.MAN, TEKMA), mejam basahKejuruteraanTiadaTiada
wet spinningpenspinan basah (PEM.MAN, TEKMA), pemintalan basahKimiaTiadaTiada
poliethylene glycol treatmentrawatan polietilina glikolPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses penstabilan kayu dengan cara mengisi tepu polietilina glikol 1000 ke dalam kayu basah untuk mengekalkan dimensi basah semasa pengeringan. Proses ini juga dapat mengurangkan pengecutan dan pembengkakan dan juga penggeledingan bahan kayu.
12345678910...

Kembali ke atas