Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si] | باسي

Definisi : 1. sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (bkn makanan yg disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula): sayur lemak semalam sudah ~; 2. tidak baru, sudah lama (bkn khabar dll): ada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~; 3. tidak manjur, tidak mustajab (bkn mantera dll): doanya ~ sahaja;membasikan menjadikan basi, membiarkan jadi basi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : 1. wang persediaan (cadangan dll); 2. jumlah wang yg dipotong jika menukar wang besar; 3. potongan harga kalau membeli banyak; 4. lebihan (baki) wang; 5. bahagian tepi kain dll yg dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dll;membasikan 1. mengadakan basi (wang persediaan); 2. mengadakan basi (potongan harga); 3. mengadakan basi (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : sj pinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : sudah berbau tidak sedap atau tidak enak lagi rasanya kerana sudah lama; sudah rosak bau dan rasanya: Gulai malam tadi itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.si] | باسي

Definisi : 1 wang yg sengaja ditambahkan sbg cadangan atau sbg persediaan. 2 wang potongan yg dikenakan ketika menukar wang; 3 lebihan yg sengaja dibiarkan pd sesuatu yg dipotong dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basi

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sungguhpun lemak santan,
     akhirnya basi juga.

Bermaksud :

Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
redok[Ä«.do/]kata kerjamengusik lauk yang berkuah dengan sudu atau tangan hingga memungkinkan cepat basi; loceh.Jangan redok laok tu, nanti basi.[dZA.NAn Äe.do/ lAo/ tu nAn.ti bA.si]Jangan dikacau-kacau lauk itu, nanti basi.
loceh[lo.tSeh]kata kerjamengusik lauk yang berkuah dengan sudu atau tangan hingga memungkinkan cepat basi; redokJangan diloceh laok tu, kalau basi karang, orang tu nak makan ape.[dZA.NAn di.lo.tSeh lA.o/ tu kA.lAw bA.si kA.ÄAN o.ÄAN tu nA/ ]Jangan kacau-kacau lauk itu, kalau basi nanti, orang itu hendak makan apa.
belantok[b«.lAn.to/]kata adjektifberkenaan makanan bermasak yang tersimpan lama tetapi belum basi.Sampai ati nasik belantok tu kau suruh aku makan.[sAm.pAj A.ti nA.si/ b«.lAn.to/ tu kAw su.Äoh A.ku mA.kAn]Sampai hati nasi yang sudah tersimpan lama itu engkau suruh aku makan.
jelat[dZ«.lAt]kata adjektifberkenaan seseorang yang sanggup memakan apa sahaja seperti putik buah atau makanan yang hampir basi, lalu.Jelat beno budak tu, putek jambu pon lot.[dZ«.lAt b«.n bu.dA/ tu pu.te/ dZAm.bu pon lot]Lalu benar budak itu, sehingga putik jambu pun lalu dimakannya.

Kembali ke atas