Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si] | باسي

Definisi : 1. sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (bkn makanan yg disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula): sayur lemak semalam sudah ~; 2. tidak baru, sudah lama (bkn khabar dll): ada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~; 3. tidak manjur, tidak mustajab (bkn mantera dll): doanya ~ sahaja;membasikan menjadikan basi, membiarkan jadi basi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : 1. wang persediaan (cadangan dll); 2. jumlah wang yg dipotong jika menukar wang besar; 3. potongan harga kalau membeli banyak; 4. lebihan (baki) wang; 5. bahagian tepi kain dll yg dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dll;membasikan 1. mengadakan basi (wang persediaan); 2. mengadakan basi (potongan harga); 3. mengadakan basi (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : sj pinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si] | باسي

Definisi : sudah berbau tidak sedap atau tidak enak lagi rasanya kerana sudah lama; sudah rosak bau dan rasanya: Gulai malam tadi itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.si] | باسي

Definisi : 1 wang yg sengaja ditambahkan sbg cadangan atau sbg persediaan. 2 wang potongan yg dikenakan ketika menukar wang; 3 lebihan yg sengaja dibiarkan pd sesuatu yg dipotong dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basi

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sungguhpun lemak santan,
     akhirnya basi juga.

Bermaksud :

Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
easebasi serata; basi selesa;; longgaran (PEM.MAN)KesenianTiada1. Basi serata: Meratakan basi selesa pada lengan padanan rata pada keruk lengan.,2. Basi selesa: Ukuran tambahan yang dimasukkan pada ukuran badan semasa merangka pola untuk keselesaan pinggang, dan pinggul.
easebasi serata; basi selesa; perlahan ; longgaran (PEM.MAN)KesenianTiadaTiada
easebasi serata; basi selesa;; longgaran (PEM.MAN)SosiologiTiadaTiada
basi Ib.basi Ib.KesenianTiadadalam pembuatan terendak. Basi disambung dengan bilah-bilah lain.
basi-ischiumbasi-iskiumPerikananTiadaTiada
seam allowancebasi kelimKesenianTiadaBasi di antara garis jahitan dengan garis guntingan.
seam allowancebasi kelimPentadbiran PerniagaanTiadaBasi di antara garis jahitan dengan garis guntingan.
graded seam allowancebasi tetingkatKesenianTiadaBasi kelim pada sesuatu proses jahitan yang digunting bertingkat-tingkat.
welt seamkelim bebibirKesenianTiadaKelim belah kangkung yang dijahit di sebelah dalam pakaian. Sebelah basi kelim ditrim, kedua-dua basi kelim ditekan ke satu hala dan dijahit tindih pada tepi yang lebar.
overedge seamskelim kemas tepiKesenianTiadaKelim yang dikemaskan semula dengan menggunakan jahit tambahan atau jahit sika-siku. Digunakan pada basi kelim yang kurang daripada 0.6 cm untuk mengelakkan ketebalan basi kelim.
1234567

Kembali ke atas