Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tas] | باتس

Definisi : 1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll): sampai di sinilah ~ kebun saya; 2. permatang (sawah, tempat menanam): satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~; 3. had atau paras sesuatu yg paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yg tidak boleh dilampaui): pekerjaan yg diberikan melewati ~ kemampuannya; 4. hingga, sampai: dr pinggir leher hingga ~ perut; ~ ban Kd tanah yg ditambak (tempat berjalan); berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau prb sesuatu usaha hendaklah kpd yg dimaksudkan;berbatas 1. mempunyai batas, mempunyai permatang: tanah yg belum ~ itu tidak dapat ditanami padi; ~ dgn berbataskan; 2. berhad, tersekat: kekuasaan yg tiada ~;berbatasan mempunyai batas (sempadan) yg sama: sawah saya ~ dgn sawahnya;berbataskan mempunyai sesuatu sbg batas: negeri itu di sebelah utara ~ laut;membatas menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;membatasi 1. membuat batas, memberi batas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud;terbatas terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja;keterbatasan perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;batasan 1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;pembatasan perihal (tindakan dsb) membatasi: ~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;pembatas orang atau sesuatu (spt alat dll) yg membatasi: mereka tetap dlm kesukaan dan kegembiraan yg tidak mengenal ~ waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tas] | باتس

Definisi : 1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rugae palatinaeruga palatinPerubatanTiadaBatas-batas di membran mukus bahagian sepertiga anterior lelangit keras.
knurllorek; cembulKejuruteraanTiadaMembuat batas-batas atau tombol-tombol kecil pada permukaan, untuk memungkinkan pegangan yang kuat atau sebagai ciri hiasan.
denture spaceruang denturPerubatanTiadaRuang antara batas-batas sisa dan antara pipi dan lidah untuk menampung dentur.
epistemologyepistemologiKesusasteraanTiadaPenyelidikan dan teori tentang asal-muasal, batas-batas dan kesahihan pengetahuan.
universalitykesejagatanKesusasteraanTiadaSifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan seluruh dunia�. Lihat juga tipa induk.
conjugate focusfokus-fokus konjugatFizikOptikSepasang titik yang semua sinar datang dari salah satu daripada titik akan membentuk imej pada titik yang satu lagi dalam batas-batas berlakunya optik Gauss.
ridge plantingpenanaman batasPertanianAgronomi

 Sistem penanaman di atas batas seperti sayur-sayuran atau bunga. Penanaman batas dilakukan sekiranya kawasan penanaman terlalu lembap atau bertakung air. Batas akan meningkatkan saliran air dan memperbaiki pengudaraan akar tanaman di atas batas.

rete pegpasak retePerubatanTiadaTisu epitelium yang terdapat di antara papila tisu penghubung. Sinonim: batas epitelium, batas rete.
oblique ridgebatas serongPergigianTiadaBatas enamel yang berbentuk segi tiga dan memanjang serong merentas permukaan oklusi gigi molar kekal maksila pertama, kedua dan ketiga. Batas ini membahagikan gigi kepada dua bahagian iaitu mesial dan distal. Walaupun karies biasanya berlaku di liang mesial atau distal, bentuk kaviti yang disediakan pada liang tersebut tidak seharusnya melibatkan batas serong, kecuali kaviti di liang tersebut terlalu besar sehingga melemahkan batas berkenaan.
planting bedBatas penanamanPertanianAgronomi

Kawasan tanah yang dibentuk 10 hingga 20 cm lebih tinggi daripada kawasan sekeliling dan digunakan sebagai tapak menanam tanaman, terutama sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Batas digemburkan dan diratakan sebelum tanaman disemai. Tujuan membuat batas adalah untuk memudahkan saliran air supaya tanaman tidak mengalami banjir dan memudahkan kawalan rumpai dan pembajaan. Saiz batas adalah mengikut saiz kawasan dan jenis tanaman. Contohnya, batas untuk penanaman sayur dibuat setinggi 15 cm dan lebarnya 90 cm. Panjang batas pula adalah mengikut keluasan tanah dan jarak antara batas, iaitu 60 cm.

12345678910...

Kembali ke atas