Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu] | باتو

Definisi : 1 benda keras yg berasal dr bumi tetapi bukan logam dan terdiri drpd pelbagai jenis: Mereka sedang mengutip ~ di sungai. 2 sj logam kecil yg dipakai dlm alat pemantik api (utk mencetuskan api). 3 ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.6 kilometer): Berapa ~ jauhnya dr Jerantut ke Kuantan? ~ api ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. ~ asah batu yg digunakan utk mengasah pisau dsb. ~ bata batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. ~-batan segala jenis batu. ~ berani besi berani. ~ bersurat batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. ~ dacing (timbang) timah dll pd dacing utk menimbang. ~ giling batu tempat menggiling rempah-rempah dll. ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu hingga boleh menyebabkan rasa sakit. ~ igneus batu yg terjadi drpd leleran gunung berapi. ~ kapur batu yg di dlmnya terdapat zat kalsium (digunakan utk membuat simen dll). ~ karang batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. ~ kelikir batu yg kecil-kecil utk membuat jalan. ~ kepala tulang kepala. ~ kisar batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. ~ lada batu kelikir yg halus-halus. ~ loncatan a. batu tumpuan utk melompat. b. ki orang atau tempat yg digunakan utk mencapai sesuatu. ~ marmar batu yg putih licin dan sering digunakan utk membuat lantai dsb. ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 meter (lebih kurang 2025 ela). ~ permata batu yg berharga, spt zamrud. ~ telerang batu yg di dlmnya terdapat bijih logam. berbatu ada batunya; terdapat batu di dlmnya. berbatu-batu 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. membatu 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. batuan ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. ~ enapan ist batuan berlapis-lapis yg terbentuk drpd pengumpulan bahan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu

Puisi
 

Bukit bernama Bukit Pandan,
     Tempat orang tembak batu;
Batu canai disangka intan,
     Bila dilihat baru tahu.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(70)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021
Dalam KD4, terdapat perkataan "batu cincin" di bahagian "asah" dalam konteks "~ batu cincin" Apa maksud batu cincin?Batu cincin = Batu yang ada pada cincin.Tatabahasa05.01.2015
1. Batu belah, batu bertakup / bertanghkup. 2. keriting atau kerinting terima kasihEjaan yang betul ialah  1. batu belah batu bertangkup 2. keritingEjaan26.04.2012
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul?Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
salam sejahtera.kata kerja yang mana lebih sesuai untuk ayat ini.Mencungkil atau mencolek batu - batu kecil dari tapak kasut dengan lidi ?Mencungkil bermakna mengeluarkan (melepaskan dan lain-lain) sesuatu dengan pencungkil atau mengorek keluar dengan pencungkil. Mencolek pula bermaksud mencungkil (dengan hujung jari dan lain-lain utk mengeluarkan sesuatu). Sungguhpun demikian, jika dilihat pada konteks ayat, perkataan mencungkil lebih sesuai digunakan berbanding mencolek.Makna11.09.2017
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
Apa dia BATU KERIKIL? dan apa pula BATU KERIKIR?Yang betul ialah batu kerikil bermaksud batu kecil-kecil yang digunakan dalam membuat jalan, bangunan dan lain-lain. Batu kerikir tiada dalam istilahMakna07.12.2006
salam.apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk batu.sebiji atau seketul?Atau kedua-duanya boleh digunakan?tqSebiji batu dan seketul batu, kedua-duanya betul. Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu dan jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu.Tatabahasa10.08.2011
adakah ayat ini betul? Saya membina istana pasir di persisiran pantai.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala makna pantai ialah tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar). Oleh yang demikian ayat yang lebih tepat ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. 

Tatabahasa10.08.2009
Burung-burung murai batu itu berkicau dengan riang sekali. Yang mana satukah ejaan yang betul? "murai batu" atau "Murai Batu" ? Mohon pencerahan, terima kasih.Ejaan yang betul ialah burung murai batu kerana merupakan kata nama am.Ejaan03.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas