Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu] | باتو

Definisi : 1 benda keras yg berasal dr bumi tetapi bukan logam dan terdiri drpd pelbagai jenis: Mereka sedang mengutip ~ di sungai. 2 sj logam kecil yg dipakai dlm alat pemantik api (utk mencetuskan api). 3 ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.6 kilometer): Berapa ~ jauhnya dr Jerantut ke Kuantan? ~ api ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. ~ asah batu yg digunakan utk mengasah pisau dsb. ~ bata batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. ~-batan segala jenis batu. ~ berani besi berani. ~ bersurat batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. ~ dacing (timbang) timah dll pd dacing utk menimbang. ~ giling batu tempat menggiling rempah-rempah dll. ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu hingga boleh menyebabkan rasa sakit. ~ igneus batu yg terjadi drpd leleran gunung berapi. ~ kapur batu yg di dlmnya terdapat zat kalsium (digunakan utk membuat simen dll). ~ karang batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. ~ kelikir batu yg kecil-kecil utk membuat jalan. ~ kepala tulang kepala. ~ kisar batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. ~ lada batu kelikir yg halus-halus. ~ loncatan a. batu tumpuan utk melompat. b. ki orang atau tempat yg digunakan utk mencapai sesuatu. ~ marmar batu yg putih licin dan sering digunakan utk membuat lantai dsb. ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 meter (lebih kurang 2025 ela). ~ permata batu yg berharga, spt zamrud. ~ telerang batu yg di dlmnya terdapat bijih logam. berbatu ada batunya; terdapat batu di dlmnya. berbatu-batu 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. membatu 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. batuan ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. ~ enapan ist batuan berlapis-lapis yg terbentuk drpd pengumpulan bahan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu

Puisi
 

Bukit bernama Bukit Pandan,
     Tempat orang tembak batu;
Batu canai disangka intan,
     Bila dilihat baru tahu.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(70)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATU BELAH BATU BERTANGKUPBATU BELAH BATU BERTANGKUP, cerita rakyat Melayu.SASTERAKonsep
PANTAI

Pantai ialah penimbunan pasir, batu kerikil, atau

batu-batu kecil di sepanjang pinggir laut. Bahan-

bahan ini yang mungkin berasal dari anak-anak

sungai, merupakan bahan-bahan yang haus dari

cenuram laut, atau yang dihanyutkan dari dasar laut

yang cetek.

UMUM 
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM 
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 
AFRIKA SELATAN, SENI

Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan

telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu

dengan karya seni orang San. Mereka mengukir

batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding

gua serta tempat perlindungn mereka yang

diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku

kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh

yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika

yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum

tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni

pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan

membuat manik.

UMUM 
SILIKAT

Silikat ialah mana-mana kumpulan mineral yang

mengandungi silikon, oksigen, dan satu atau lebih

unsur logam. Silikat membentuk kira-kira 95 peratus

daripada kerak bumi. Seperti kebanyakan batu-batu,

tanah terdiri daripada kebanyakannya silikat.

UMUM 
GELANG BATU

GELANG BATU, gelang tangan masyarakat prasejarah. Gelang batu diperbuat daripada batu berbentuk bulat dan tidak mempunyai sebarang pola hias tertentu. Teknologi pembuatan gelang batu pada zaman Neolitik diteruskan hingga pada awal zaman logam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 
TAR BATU ARANG

Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan

melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan

dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada

batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan

memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada

cecair) wap panas daripada relau kok atau

pengeluar gas batu arang.

UMUM 
AUSTRALIT

Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang

ditemui di bahagian selatan Australia. Para

pelombong terdahulu menamainya batu butang,

butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan

batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan

berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama

telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli

sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi

mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa

orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah

meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia

adalah hasil perlanggaran meteorit.

Lihat Tektit.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas