Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : karang laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Sayang sebandi pasirnya lumat,
     Pasirnya bercampur batu karang;
Laksana nabi kasihkan umat,
     Begitu juga kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.Makna01.02.2014
apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan?Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.Tatabahasa05.10.2014
jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti, batu karang ialah kata nama am atau kata nama khas? Sekiranya kata nama khas mengapa tidak ditulis dalam huruf besar?Penyakit-penyakit yang disebutkan merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil melainkan pada awal ayat. 
 
Tatabahasa12.04.2023
adakah perkarangan ada maknanya?Perkarangan ialah batu karang, dan satu lagi perkataan yang hampir sama ejaannya iaitu pekarangan ialah halaman rumah.Makna13.03.2010
PERKARANGAN ATAU PEKARANGANPekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Lain-lain20.06.2010
apakah perbezaan antara pekarangan dan perkaranganBezanya ialah pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna06.01.2010
Yang mana betul? Pekarangan rumah atau perkarangan rumah.Pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut.Makna03.03.2015
Salam, apakah terjemahan yang sesuai untuk aktiviti snorkeling?Atau adakah boleh digunakan perkataan itu?Perlukah saya menggunakan style italic? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, terdapat perkataan "bersnorkel" yang membawa maksud - berenang dengan memakai snorkel, contoh ayat: Saya dan rakan-rakan dibawa ~ utk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu. DBP juga pernah mencadangkan "selam snorkel" untuk perkataan bahasa Inggeris snorkeling.  Makna12.02.2014
Adakah kedua-dua perkataan, 'pekarangan' dan 'perkarangan', boleh diguna pakai untuk merujuk kepada 'halaman rumah' seperti yang terdapat dalam kamus dewan eidsi keempat?

Menurut data kami, pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang.

Makna11.01.2017
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang?Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-­bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reefkarang ialah  batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
Makna18.05.2020
12

Kembali ke atas