Kurik Kundi Merah Saga | Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu. |