Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1 sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2 bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejam batuk yg keras dan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batuk

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah ejaan yang tepat bagi batuk sebenarnya?batuk atau batok? Sekian, terima kasih.Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk.Ejaan27.12.2012
maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada?Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.Makna09.07.2009
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih

Puan Khadijah,

Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa.

Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya.

Makna22.05.2010
Yang manakah betul? 'melepaskan batuk di tangga' ATAU 'melepaskan batok di tangga'. Jika merujuk KD edisi 4 m/s 137. Makna 'batuk' -mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya, bunyi seseorang batuk, penyakit. Sebaliknya' batok' lebih sesuai kerana 'batok' ialah 'tempurung' yang biasanya digunakan untuk meneguk air. Harap dapat memberikan penjelasan. terima kasih.Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan bantuk.Tatabahasa28.09.2012
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih!Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.Makna14.04.2014
yang mana betul, bagai melepaskan batuk di tangga atau bagai melepaskan batok di tangga.Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk.Tatabahasa29.09.2014
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk+di+tangga&d=10 yang mana satu betul? batuk digunakan kerana ia dicetak lebih lama dan telah diulang cetak? atau batok digunakan kerana ejaan ini bermaksud alat untuk mencedok? harus mengikut nasihat yang mana satu? yang lebih lama atau terbaru? adakah penentuan bahasa itu terletak pada penuturnya atau terletak pada penguasanya?Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk.

Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam
Tatabahasa23.04.2013
Peribahasa " bagai melepaskan batok di tangga " atau " bagai melepaskan batuk di tangga " ??? Ejaan yang betul dalam peribahasa tu BATUK atau BATOK ???Untuk makluman, walaupun ada pendapat yang mengatakan peribahasa yang tepat ialah “Melepaskan batok di tangga”, DBP masih mengekalkan penggunaan bentuk yang sedia ada, iaitu "Melepaskan batuk di tangga" seperti yang terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu.Sastera03.04.2024
ingin dapatkan kepastian makna peribahasa ini: melepaskan batuk di tangga.persoalannya adakah batuk dalam peribahasa ini merupakan satu alat atau perbuatan  Makna peribahasa ini ialah melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh yang merupakan satu perbuatan.Makna20.04.2009
Apakah kata seru yang sesuai untuk menggambarkan bunyi batuk?Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan tidak termasuk untuk menggambarkan bunyi batuk.Tatabahasa18.04.2012
12345

Kembali ke atas