Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1 sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2 bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejam batuk yg keras dan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batuk

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
influenzainfluenzaPenyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat RajahSekolah Rendah
tuberkulosistuberculosisJangkitan akut atau kronik yang disebabkan oleh spesies bakteria Mycobacterium tuberculosis pada paru-paru atau organ lembut pada manusia dan haiwan. Penyakit ini dikenali juga sebagai batuk kering.Menengah Atas

Kembali ke atas