Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tu/] | باتوق

Definisi : 1 sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2 bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejam batuk yg keras dan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batuk

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cough suppressantubat penahan batukPerubatanTiadaUbat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan.
tuberculosistuberkulosisAIDSTiadaPenyakit yang berlaku pada pelbagai organ terutamnya paru-paru yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini biasanya dicirikan apabila pesakit batuk tanpa kahak, batuk berdarah, kurang berat badan, demam berpanjangan dan berpeluh pada wak
productive coughbatuk produktifPerubatanTiadaBatuk yang disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak daripada bronkus. Sinonim wet cough
reflex coughbatuk refleksPerubatanTiadaBatuk akibat rengsa pada salur pernafasan.
non productive coughbatuk tak produktifPerubatanTiadaBatuk yang tidak mengeluarkan kahak daripada bronkus. Sinonim dry cough
whooping coughbatuk kokolKejururawatanTiadaJangkitan saluran pernafasan yang serius bercirikan batuk tanpa kahak yang teruk dan kadang-kadang diikuti dengan kesukaran bernafas.
pertussispertusisPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang diakibatkan oleh Bordetella pertussis, yang dicirikan oleh hidung berair, batuk yang berulang-ulang dan diakhiri dengan sedutan nafas yang panjang dan berbunyi; batuk jenis ini kerap mengakibatkan berlakunya muntah dan dalam kes yang teruk perdarahan mungkin berlaku. Sin: batuk kokol
pholcodinefolkodinaKimiaForensikFormula kimia, C23H30N2O4, nama dagang Benylin. Takat lebur 91�C, larut sedikit dalam air, larut dalam etanol, kloroform dan benzena. Opioid lemah yang bertindak untuk melegakan batuk tak berkahak atau batuk sakit tetapi tidak mempunyai keaktifan analgesik yang ketara. Kesan sampingan ialah loya, muntah, pening dan sembelit. Dos terapeutik ialah 0.01 3 �g/mL
antitussiveantitusifFarmasiFarmakologiUbat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng.
coughbatukPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas