Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batuk yg tidak berkahak (kerana TB); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tuberculosisbatuk keringBiologiMikrobiologiLih. tuberkulosis.
attenuated vaccinevaksin teratenuatPerubatanTiadaVaksin mengandungi organisma menginfek yang hidup tetapi telah dilemahkan, contohnya vaksin BCG untuk batuk kering.
coronavirus disease (COVID-19)penyakit virus korona (COVID-19)Kesihatan AwamTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona yang teruk pada paru-paru yang dicirikan oleh demam, batuk kering, kesukaran bernafas, dan keletihan. Penyakit ini mula dikenal pasti di Bandar Wuhan, China pada Januari 2020.
tuberculosistuberkulosisBiologiMikrobiologiJangkitan akut atau kronik yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis pada paru-paru atau sebarang organ lembut haiwan dan manusia. Gejala tuberkulosis ialah pembentukan tuberkel, tak selera makan, dan susut badan. Batuk kering.
World Health Organization (WHO)Pertubuhan Kesihatan SeduniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan sebagai satu agensi pengkhususan kesihatan PBB pada tahun 1948. Pertubuhan ini beribu pejabat di Geneva, namun operasinya dijalankan melalui beberapa jawatankuasa serantau dan di pejabat serantaunya. Banyak usaha telah dijalankan oleh pertubuhan ini untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaik kesihatan sedunia. Contohnya, kempen membasmi penyakit seperti malaria, batuk kering, cacar air, AI DS dan SAR S. Pertubuhan ini bergiat dalam program kajian bagi penyakit berkaitan jantung, barah, kebergantungan terhadap dadah dan kesihatan mental. Pertubuhan ini terlibat dalam program imunisasi kanak-kanak bagi penyakit seperti campak, batuk kering, tetanus dan polio. Selain itu, organisasi ini juga merupakan pusat maklumat dan penerbitan berkaitan kesihatan seperti statistik dan laporan kesihatan yang kemas kini, kajian, monograf, manual dan jurnal kesihatan. Sinonim WHO.
cough suppressantubat penahan batukPerubatanTiadaUbat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan.
JerujuAcanthus ilicifoliusPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersalin, merawat luka dan pelbagai penyakit kulit, sembelit serta sakit perut.
Acanthus ilicifoliusjerujuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas bersalin, merawat luka dan pelbagai penyakit kulit, sembelit serta sakit perut.
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.
RemiguCalotropis giganteaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asclepediaceae ini juga dikenali sebagai rembega, remiga, lembiaga dan kemengu. Pokok jenis renik ini mempunyai batang berbulu putih. Daunnya berbentuk elips dan tangkai daunnya pendek. Daun muda dipenuhi bulu. Bunganya berwarna putih atau ungu muda. Buahnya jenis folikel berbiji keras. Tumbuhan ini sering kali dijumpai hidup liar di kawasan berpasir di tepi laut. Akarnya mengandungi saponin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktina. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, tanin. Batangnya mengandungi tanin. Getahnya beracun. Daun yang telah dilumatkan digunakan sebagai tampalan untuk merawat bisul, kudis dan bengkak. Asap kulit pokok atau daun kering yang telah dibakar dihidu untuk merawat resdung dan ulser hidung. Getah digunakan secara luaran untuk merawat sakit telinga, sakit gigi, bisul, ekzema dan luka. Kulit akar digunakan untuk mengubati demam, gigitan ular, sakit kulit, sifilis. Air rebusan bunga digunakan untuk mengubati kusta, sifilis, gonorea, batuk dan masalah pernafasan.

Kembali ke atas