Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau] | باءو

Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : Id ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
savour, (US) savor3. tinge, trace, bau-bau, unsur: there is just a ~ of fascism in his political opinions, terdapat bau-bau fasisme dlm pandangan politiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beeryadj 1. of, like beer, spt bir: a ~ smell, bau spt (bau) bir; a ~ taste, rasa spt bir; 2. smelling of beer, berbau bir: ~ breath, nafas yg berbau bir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waftn breath of air, scent, etc, bau (hembusan); (pleasant-smelling) bau semerbak: the ~s of cigarette smoke made me cough, bau hembusan asap rokok menyebabkan saya terbatuk; a ~ of perfume makes the whole room fragrant, bau semerbak minyak wangi membuat seluruh bilik itu harum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scentn 1. (pleasant smell) bau; (sweet fragrance) bau (/wangi, harum/): the ~ of new-mown grass, bau rumput yg baru dipotong; orchids are beautiful but most have no ~, bunga anggerik cantik tetapi tdk mempunyai bau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reekn (derog) offensive smell, bau busuk; (like decaying matter) bau melantung: the ~ of tobacco smoke filled the small room, bau busuk asap tembakau memenuhi bilik yg kecil itu; the ~ of a nearby rubbish dump, bau melantung kawasan buangan sampah yg berhampiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stink n 1. strong unpleasant smell, bau (busuk): the ~ of rotting garbage, bau busuk sampah sarap yg reput; what an awful ~!, busuknya bau!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whiffn 1. puff of air, smoke or odour, bau: I caught a ~ of Tiger Balm as the old lady passed by, saya terhidu bau minyak Cap Harimau sewaktu perempuan tua itu lalu; 2. very bad smell, bau [sst] yg busuk: an awful ~ of drains outside the kitchen door, ada bau longkang yg busuk di luar pintu dapur; 3. hint, trace, tanda-tanda: there’s a ~ of recklessness in his character, ada tanda-tanda kesemberonoan dlm perangainya; he stopped working on it at the first ~ of danger, dia berhenti mengusahakannya apabila mula ternampak tanda-tanda bahaya; 4. (usu in pl) a breath in, sedut: a few ~s of the gas knocked him out, beberapa sedut gas itu membuat dia pengsan; 5. a small cigar, cerut(u): he gave his grandfather a box of ~s for his birthday, dia menghadiahi datuknya sekotak cerutu utk hari jadinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
redolentadj 1. having, giving a strong smell, kuat bau; (of fragrant smell) semerbak: the old chest was ~ with moth-balls, peti usang yg kuat bau ubat gegatnya; a fur coat ~ of camphor, kot bulu binatang yg kuat bau kapur barus; a room ~ with roses and jasmin, bilik itu semerbak dgn bau bunga mawar dan bunga melur; 2. evocative, /mengembalikan, menimbulkan/ kenangan: music ~ of the nineteen sixtees, muzik yg mengembalikan kenangan tahun-tahun 60-an.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
odourn bau: the sweet ~ of the jasmine, bau harum bunga melur; the chemical has an unpleasent ~, bahan kimia itu berbau busuk; in /good, bad /~ with so, (fml), /disenangi, tdk disenangi/ (oleh) sso: he is in bad ~ with the University authorities, dia tdk disenangi oleh pihak berkuasa Universiti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pongn bau busuk: the horrible ~ coming from the sewer,bau busuk yg datang dr parit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas