Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau] | باءو

Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : Id ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGEN DEODORAN

Agen deodoran ialah sejenis bahan atau alat

yang boleh menghindarkan atau mengurangkan bau

yang tidak enak atau bau hapak. Bau yang sebegini

dikenali sebagai malodour.

UMUM 
DEODORAN

Deodoran ialah barangan pengguna atau

sejenis bahan yang dibuat untuk mengurang,

menghalang atau menutup bau badan yang

kurang menyenangkan. Kebanyakan bau badan

disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan

peluh dan rembesan di atas permukaan kulit.

Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Deodoran

biasanya mempunyai bahan kimia yang boleh

menghentikan tindakan pembiakan bakteria.

UMUM 
NITRUS OKSIDA

Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau

yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk

membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah

ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih

dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas

menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi

seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan

keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang

secukupnya disedut.

UMUM 
MINYAK WANGI

Minyak wangi ialah bahan yang mengeluarkan

bau wangi. Minyak wangi dibuat daripada bahan

semula jadi atau sintetik (dibuat secara artifisial) atau

gabungan kedua-duanya. Mereka yang membuat

minyak wangi dikenali sebagai pembuat minyak

wangi.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
DUPA

Dupa ialah campuran gam dan balsam yang

berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum

yang lembut apabila dibakar.

UMUM 
ETER

Eter, dalam kimia ialah cecair tidak berwarna,

sangat mudah terbakar, dan mempunyai bau

wangi yang kuat. Wap eter menyebabkan orang

yang menghiduinya tidak sedarkan diri. Bertahun-tahun

lamanya ia digunakan sebagai anestetik am

semasa melakukan pembedahan.

UMUM 
MUSKRAT

Muskrat ialah haiwan yang hidup dekat anak

sungai, kolam dan sungai. Muskrat mendapat

namanya daripada bau bak kesturi yang dikeluarkan

semasa musim mengawan. Ia hidup pada banyak

bahagian di Amerika Utara dan telah diperkenalkan

di sesetengah bahagian di Eropah.

UMUM 
KLORIN

Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau

– kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak

menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan

kepada hidung, kerongkong dan paru-paru.

Namun demikian, apabila digabungkan dengan

logam natrium, klorin menjadi natrium klorida,

atau garam biasa.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
12345

Kembali ke atas