Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau] | باءو

Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : Id ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benzophenonebenzofenonKimiaTiadaSebatian berupa prisma yang mempunyai bau-bau geranium, digunakan sebagai fiksatif bagi pewangi dan dalam pembuatan antihistamina, hipnotik dan racun serangga.
odour-dissolvingproses penguraian bauSosiologiTiadaProses memulihkan bau kepada bau yang bersih dan neutral.
dan baudan bauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Dan bau merupakan ziter  yang digesek. Badannya berbentuk kotak kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Satu tali dipasang pada sebatang kayu dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Talinya digesek dan dimainkan dalam muzik tradisional Vietnam. Sinonim dan doc huyen.

masking odourbau topengKejuruteraanTiadaBau yang menutupi satu bau yang lain.
deodourizationpenyahbauanSosiologiTiadaProses menghapuskan bau, terutama bau yang busuk.
fishy (odour)hanyirPentadbiran PerniagaanTiadaBau seperti bau ikan basah, telur itik dan sebagainya.
hydrogen sulphide (H2S)hidrogen sulfida (H2S)KejuruteraanPetroleumGas beracun tanpa warna dengan bau seperti bau telur busuk. Gas ini bersifat mangkakis dan larut dalam air serta cecair hidrokarbon. Dalam operasi penggerudian telaga, gas ini sering kali ditemui, sama ada dalam formasi atau bercampur dengan hidrokarbon. ia juga dapat dibentuk oleh penguraian bakteria terhadap sulfat yang terdapat di dalam bendalir penggerudian atau oleh penguraian terma (shu atas daripada 350-375 darjah Fahrenhait) daripada bahan tambah bendalir penggerudian seperti lignosulfonat.
olfactionolfaksiPsikologiPsikologi UmumPenderiaan bau yang mengesan bahan-bahan dalam bentuk molekul meruap. Kategori bau ini dikatakan berkumpulan mengikut struktur molekulnya. Individu dikatakan mempunyai sebanyak 300 hingga 400 reseptor. Melalui kombinasi reseptor tersebut, individu dapat mengenal pasti sehingga 10,000 bau yang berbeza. Terdapat poket atau liang yang khusus untuk bau tertentu di permukaan organ olfaktori. Setiap molekul bau akan memasuki poket tersebut untuk menimbulkan tindakan. Sekiranya molekul yang salah memasukinya, maka bau itu tidak akan dianalisis. Contohnya, penghidap anosmia mempunyai reseptor yang bermasalah untuk mengesan bau kerana tindakan bahan kimia tertentu seperti ammonia yang membuatkan reseptor olfaktori tidak dapat berfungsi dengan baik.
rancidtengikMakanan dan PemakananTeknologi MakananRasa atau bau yang tidak enak yang terbentuk dalam minyak atau lemak disebabkan oleh hidrolisis atau pengoksidaan. Bau tengik yang dihasilkan oleh hidrolisis ialah bau masam, hapak, dan tajam disebabkan oleh pembentukan asid lemak berantai pendek, manakala bau tengik yang dihasilkan oleh pengoksidaan ialah seperti bau cat, bahan kimia, ikan, atau kacang mentah disebabkan oleh pembentukan hasil-hasil sekunder seperti aldehid, alkohol dan keton.
merosmiamerosmiaPerubatanTiadaGangguan pada deria bau, menjadikan sesetengah bau tidak dapat dikesan.
12345678910...

Kembali ke atas