Yang manakah paling tepat: a) Bawa kereta mainan b) Bawa kereta permainan | Bawa kereta mainan paling tepat. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
mana ayat yang betul?kami lari laju bawa bola sama-sama atau kami sama-sama lari laju bawa bola.. | kami lari laju bawa bola sama-sama.. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Ayah bawa beberapa----rambutan dan beberapa----kelapa di dalam ruang bagasi keretanya. A ikat.....tandan B gugus.....biji | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2015 |
Kamu boleh bawa mangkuk _____pinggan semasa pergi berkelah. A. atau B.dan C. tetapi D.ketika (Adakah jawapan A dan B juga boleh diterima?) | Ayat yang betul ialah Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Ayat ini merupakan ayat gabungan setara iaitu, ayat (a) Kamu boleh bawa mangkuk semasa pergi berkelah, ayat (b)Kamu boleh bawa pinggan semasa pergi ke berkelah. Ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung dan untuk menghasilkan ayat Kamu boleh bawa mangkuk dan pinggan semasa pergi berkelah. Jawapannya bukan antara kerana antara merupakan kata hubung berpasangan. | Tatabahasa | 18.08.2014 |
Salam, soalan : gabungan 2 ayat tunggal dengan kata hubung " tetapi" a) Kamu boleh bawa kamera. b) Kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan manakah betul? Sila beri keterangan. Jawapan A. Kamu boleh bawa kamera tetapi kamu perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Jawapan B. Kamu boleh bawa kamera tetapi perlu menjaga keselamatan kamera kamu. Adakah subjek " kamu" perlu digugurkan? Kenapa ? Sekian, terima kasih. | Salam, Untuk makluman, ayat yang diberikan ialah ayat dalam bahasa percakapan (lisan) and tidak gramtis. Ayat yang tepat ialah, "Anda dibenarkan membawa kamera. Akan tetapi, kamera tersebut terletak atas tanggungjawab sendiri." | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Apakah maksud perkataan ambil dan bawa dalam Bahasa inggeris? Adakah ambil = take, manakala bawa= bring? | Padanan terjemahan untuk take ialah mengambil, manakala bring pula ialah membawa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2021 |
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong' | Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) Sinonim kata potong = kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Istilah | 05.04.2009 |
Saya ada terlihat di dalam buku teks tahun 4, perkataan "bawa", kata imbuhan pen + an = pembawaan. Soalan saya bagaimana nak terangkan pada anak2 imbuhan pen + bawa + an = pembawaan ? Adakah kata imbuhan "pem" wujud ? Sekian, terima kasih. | Menjawab soalan saudara, imbuhan peN-...-an menjadi pem-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya seperti pembawaan , pembacaan dan juga pembajakan. Bagi membantu saudarai mendapat penerangan terperinci berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan muka surat 121. | Tatabahasa | 03.04.2007 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com | "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar | Makna | 30.03.2020 |