Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
undermostadj paling bawah, bawah sekali, terbawah: the ~ layer, lapisan paling bawah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottommostadj 1. at the very bottom, paling bawah, bawah sekali: the ~ part, bahagian yg paling bawah; the ~ step, anak tangga yg paling bawah; 2. deepest, paling dalam, dalam sekali; 3. most fundamental, paling asas: the ~ problems facing the nation, masalah paling asas yg dihadapi oleh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
belowadv 1. at a lower place, position, di bawah: from the hilltop we could see the valley ~, dr puncak bukit, kami dapat melihat lembah di bawah; he fell to the rocks ~, dia jatuh ke batu-batu di bawah; from ~, dr bawah; 2. to a lower place, position, ke bawah: the captain has gone ~, kapten telah turun ke bawah; 3. on a lower floor, di bawah, di tingkat bawah: the tenants ~, penyewa di tingkat bawah; 4. to a lower floor, ke bawah, ke tingkat bawah: steps that lead ~, tangga yg menuju ke bawah; 5. (of floor, ground, etc) di bawah, [usu not translated]: the bottle rolled off the table and fell on the floor ~, botol itu tergolek dr atas meja dan jatuh ke lantai; 6. downstream, di (sebelah) hilir; 7. lower on the page or on following page, di bawah: please sign ~, sila turunkan tandatangan di bawah; 8. in lower rank, station, lebih rendah: the court ~, mahkamah yg lebih rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottomadj 1. at the lowest level, bawah sekali, paling bawah, terkebawah; (in comparisons of two) yg (di sebelah) bawah: the ~ rung, anak tangga yg paling bawah; the ~ shelf, rak yg di sebelah bawah; 2. with the lowest marks, corot: he was always ~ in geography, dia selalu corot dlm geografi; 3. (of price) paling rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
belowprep 1. at a position, level lower than, di bawah; (anything reckoned in numbers) kurang drpd, di bawah: ~ the table, di bawah meja; ~ the timber-line, di bawah batasan pokok; ~ freezing point, di bawah takat beku; those ~ 40, mereka di bawah umur 40 tahun; he weighs ~ 60 kilograms, berat badannya kurang drpd 60 kilogram; 2. to a position, level lower than, ke bawah; (anything reckoned in numbers) /kurang, lebih rendah/ drpd: the sun sank ~ the horizon, matahari terbenam ke bawah ufuk; the ship disappeared ~ the waves, kapal itu menghilang ke bawah gelombang; prices will not fall ~ their present level, harga tdk akan turun kurang drpd paras sekarang; 3. lower in rank, station, etc, lebih rendah drpd: a captain ranks ~ a major, pangkat kapten lebih rendah drpd pangkat major; 4. further south than, di sebelah selatan; 5. downstream from, di sebelah hilir: fishing boats moored a mile ~ the town, perahu-perahu nelayan yg ditambat sebatu di sebelah hilir pekan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undergroundadj1. below ground level, bawah tanah: the cellar is used as ~ storage space, bilik bawah tanah itu digunakan sbg tempat simpanan bawah tanah; ~ nuclear test, ujian nuklear bawah tanah; ~ water can be used for irrigation, air bawah tanah boleh digunakan utk pengairan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downstairsadv 1. to lower floor, ke (tingkat) bawah: go ~, turun ke bawah; 2. on lower floor, di bawah: he is waiting ~, dia menunggu di bawah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottomn 1. the lowest part, a. (gen) bahagian bawah: the ~ of the page, bahagian bawah muka surat; the ~ of the wall, bahagian bawah dinding itu; b. (of hill, mountain) kaki; c. (of container) dasar: the dregs have sunk to the ~ of the glass, keladak telah mendap ke dasar gelas; /at, from, to/ the ~, /di, dr, ke/ bawah; 2. underside, /bahagian, sebelah/ bawah: the ~ of the plank was infested with termites, bahagian bawah papan itu penuh dgn anai-anai; the ~ of the kettle was dirty, bahagian bawah cerek itu kotor; 3. ground under a body of water, dasar: the ~ of the sea, dasar laut; the river ~, dasar sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
under3. below and close to, di bawah; (of parts of the body) di sebelah bawah: a cupboard ~ the sink, almari di bawah sink; the ball struck him ~ his left eye, bola itu mengenainya di sebelah bawah mata kirinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
submarine adj bawah laut: ~ plants, tumbuh-tumbuhan bawah laut; a ~ cable, kabel bawah laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas