Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sempadan bawahlower boundaryNilai purata bagi had bawah sesuatu kelas dengan had atas kelas sebelumnya.Menengah Atas
had bawahlower limitNilai terkecil bagi satu kelas data. Contohnya, bagi kelas umur 20 – 39 tahun, 20 merupakan had bawah.Menengah Atas
kuartil bawahlower quartileLihat kuartil pertama.Menengah Atas
tapakbaseBahagian paling bawah atau dasar sesuatu objek. Lihat ContohSekolah Rendah
luas tapakbase areaLuas bahagian paling bawah sesuatu bentuk, pepejal atau objek tiga dimensi. Lihat ContohMenengah Rendah
penyebutdenominatorNombor yang berada di bahagian bawah garis dalam sesuatu pecahan. Lihat ContohSekolah Rendah
luas tapakbase areaLuas permukaan paling bawah sesuatu bentuk tiga dimensi. Lihat ContohSekolah Rendah
ketinggianheightUkuran sesuatu objek dari tapak (bawah) hingga ke puncak (atas). Lihat ContohSekolah Rendah
penyebutdenominatorNombor atau sebutan yang terletak di bahagian bawah pecahan.Menengah Atas
penyebutdenominatorAngka atau sebutan yang terletak di bahagian bawah suatu pecahan. Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas