Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Di Bawah Langit GazaNasir Abd WahabBerita Harian05.03.2009
Di Bawah Purnama Kembali KitaMarzuki AliBerita Harian28.02.2009
Sorok bawah almariNor Hisham OsmanBerita Harian11.12.2008
Cermin Bawah JambatanZaharah NawawiMingguan Malaysia16.11.2008
Di Bawah Kubah ArafahShapiai Muhammad RamlyBerita Minggu16.12.2007
Di Bawah Perdu MimpiNaapie MatBerita Minggu02.03.2008
Di Bawah Purnama RamadanM ArifBerita Minggu07.10.2007
Di Bawah Tikaman Garfu (Sehari Sebuah Buku)Radzuan GhazaliUtusan Malaysia02.10.2007
Di bawah naungan TuankuFarid Sufian ShuaibUtusan Malaysia26.04.2007
Di Bawah Langit KurniaShamsudin OthmanUtusan Pengguna01.11.2006
12345678910...

Kembali ke atas