Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wa.han] | باوهن

Definisi : 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.wa.han] | باوهن

Definisi : 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lower pairpasangan bawahanMekanikGunaanPasangan yang melibatkan sentuhan pada suatu permukaan. Ada tiga jenis pasangan bawahan, iaitu pasangan prisma, pasangan pusing (revolut) dan pasangan skru. Lihat juga pasangan prisma, revolut, pasangan skru.
planar linkagepautan satahMekanikGunaanMekanisme satah yang menggunakan hanya pasangan bawahan. Mekanisme ini terbentuk hanya daripada pasangan prisma dan revolut. Lihat juga mekanisme satah, pasangan bawahan, pasangan prisma, revolut.
proletarian literaturesastera proletarianKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
populist groupkumpulan populisSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat.
vertical resolutionpeleraian menegakKomunikasiKorporatProses menguruskan penyelesaian masalah secara dua hala antara pihak pengurusan atasan dengan pihak bawahan. Proses komunikasi biasanya dimulakan oleh pihak atasan, manakala pihak bawahan akan memberikan maklum balas. Proses komunikasi boleh berlaku secara rasmi atau tidak rasmi. Perkara yang dikerap diurus melalui proses ini ialah perkara yang berkaitan dasar, peraturan, kebajikan pekerja, dan kepentingan organisasi. Peleraian menegak penting dalam pengurusan krisis hubungan pekerja bagi menjamin keharmonian dan kerjasama ahli dalam organisasi. Tujuannya adalah untuk memastikan organisasi berfungsi secara seimbang dan lancar bagi menjamin kesetiaan pekerja berkekalan.
inner bottombawahan dalamKejuruteraanTiadaTiada
underlaymentpenatah bawahanKejuruteraanKejuruteraan BangunanPanel yang dipasang di atas sublantai bagi membentuk permukaan yang licin dan kukuh apabila menempatkan kemasan lantai.
lower classkelas bawahan; kelas rendahPentadbiranTiadaTiada
low managementpengurusan bawahanPentadbiranTiadaTiada
inferior goodsbarang bawahanEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas