Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wang] | باوڠ

Definisi : sj tumbuhan (bebawang) yg umbinya dimakan; ~ benggala = ~ bombai = ~ cina sj bawang, Allium fistulosum; ~ merah sj bawang yg berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, Allium cepa; ~ putih bawang kecil yg berwarna putih dan kuat baunya, Allium sativum; makan ~ ki marah (di dlm hati); rosak ~ ditimpa jambak prb rosak kerana kesalahan kaum atau diri sendiri;membawang ki makan bawang, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.wang] | باوڠ

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berumbi berlapis-lapis bulat spt mentol serta berbau tajam dan berasa pedar (digunakan dlm pelbagai makanan). ~ besar (benggala, cina) sj bawang yg besar, Allium fistulosum. ~ kecil (merah) sj bawang kecil yg merah warnanya, Allium cepa. ~ putih sj bawang yg berbau kuat dan berwarna putih, Allium sativum. bebawang tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa26.08.2021
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa24.09.2021
Adakah penggunaan istilah bagi 'bawang holand' adalah tepat?Ya, penggunaan istilah "bawang Holland" adalah tepat berdasarkan jenis bawang yang diimport daripada negara Holland/Netherlands (Belanda). Untuk makluman, bawang jenis ini juga dikenali sebagai "bawang besar kuning".Lain-lain23.05.2021
Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli?Tuan boleh melayari laman https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP.Lain-lain02.09.2019
Emak ke pasar membeli berkilo-kilo bawang merah dan bawang putih untuk keperluan harian. mUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN.Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa11.06.2012
saya mahu bertanya. Nipis macam kulit bawang @ tipis macam kulit bawang? Manakah satu yang lebih tepat?Kedua-duanya boleh bertukar ganti.Makna30.07.2007
Nipis macam kulit bawang @ kertas tulis / Tipis macam kulit bawang @ kertas tulis. Yang manakah lebih sesuai. Tipis atau nipis untuk kulit bawang dan kertas tulis?Kedua-duanya boleh bertukar ganti.Makna30.07.2007
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul.

Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas.

Tatabahasa24.04.2011
Bolehkah penjodoh bilangan "LABU" digunakan untuk bawang besar?

Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. Penggunaan penjodoh bilangan labu ini sama seperti penjodoh bilangan pucuk untuk surat (surat pada zaman dahulu dilipat dalam bentuk meruncing) dan kaki untuk payung, iaitu melihat kepada bentuk fizikal sesuatu benda.

Tatabahasa04.05.2011
Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ?Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau.Tatabahasa16.06.2013
123

Kembali ke atas