Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wang] | باوڠ

Definisi : sj tumbuhan (bebawang) yg umbinya dimakan; ~ benggala = ~ bombai = ~ cina sj bawang, Allium fistulosum; ~ merah sj bawang yg berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, Allium cepa; ~ putih bawang kecil yg berwarna putih dan kuat baunya, Allium sativum; makan ~ ki marah (di dlm hati); rosak ~ ditimpa jambak prb rosak kerana kesalahan kaum atau diri sendiri;membawang ki makan bawang, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.wang] | باوڠ

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berumbi berlapis-lapis bulat spt mentol serta berbau tajam dan berasa pedar (digunakan dlm pelbagai makanan). ~ besar (benggala, cina) sj bawang yg besar, Allium fistulosum. ~ kecil (merah) sj bawang kecil yg merah warnanya, Allium cepa. ~ putih sj bawang yg berbau kuat dan berwarna putih, Allium sativum. bebawang tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bawang Putih, Bawang MerahGhazali Ngah AziaThe Sun25.10.1995
Bawang putih bawang merah di MaticTiadaBerita Harian04.02.1997
Bawang Putih Bawang Merah: ketengah soal kekeluargaanAzman IsmailUtusan Malaysia26.04.1997
Bawang Putih Bawang Merah beri kesedaranHanif Abdul GhaniWatan Minggu11.05.1997
Bawang Putih Bawang Merah ketengahkan cerita rakyatJamudin IdrisBerita Minggu27.04.1997
Bawang Putih Bawang Merah kritik orang dewasaJamudin IdrisBerita Minggu25.05.1997
Bawang Puteh Bawang Merah dipentaskan semulaTiadaUtusan Malaysia02.09.1997
Bawang Putih, Bawang Merah, dipentaskan semulaHanif Abdul GhaniHarian Watan15.09.1997
Penangan Bawang Merah Bawang PutihMaliah SuripKosmo Ahad10.12.2006
Teater Bawang Putih Bawang Merah cabar ZaifriAzman IsmailUtusan Malaysia03.05.1997
123

Kembali ke atas