Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wang] | باوڠ

Definisi : sj tumbuhan (bebawang) yg umbinya dimakan; ~ benggala = ~ bombai = ~ cina sj bawang, Allium fistulosum; ~ merah sj bawang yg berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, Allium cepa; ~ putih bawang kecil yg berwarna putih dan kuat baunya, Allium sativum; makan ~ ki marah (di dlm hati); rosak ~ ditimpa jambak prb rosak kerana kesalahan kaum atau diri sendiri;membawang ki makan bawang, marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.wang] | باوڠ

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berumbi berlapis-lapis bulat spt mentol serta berbau tajam dan berasa pedar (digunakan dlm pelbagai makanan). ~ besar (benggala, cina) sj bawang yg besar, Allium fistulosum. ~ kecil (merah) sj bawang kecil yg merah warnanya, Allium cepa. ~ putih sj bawang yg berbau kuat dan berwarna putih, Allium sativum. bebawang tumbuh-tumbuhan yg menyerupai bawang bentuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
holoenzim. (BIO, KIM) apogamy (apogami) Pembiakan tanpa penyatuan gamet, biasanya tanpa meiosis. Apogami juga merangkumi pembiakan tampang. Contoh tumbuh-tumbuhan yang mengalami pembiakan jenis ini ialah manggis (Garcinia mangostana) dan bawang ( Al- lium sp.). Sinonim apomixis. (BIO) apneusis apogamy Kamus Sains.indb 91 7/8/08 11:46:29 AM 92 apogee (apogi) Titik pada orbit bulan, planet atau satelit, ketika semasa kebakaran. (KEJ) corm (umbisi) Dasar batang yang besar, pejal, beruas pendek, dan dikelilingi oleh lapisan sisik atau daun. Umbisi merupakan organ pembiakan vegetatif dan organ pe- nyimpan makanan. Contohnya, bawang. (BIO) corona discharge (nyahcas korona) Nyahcas elektrik berupa kilauan ungu kebiru-biruan pada permukaan peng - konduksi yang bertentangan apabila wujud kecerunan voltan pada nilai genting yang tertentu. (KIM) corona ring

Kembali ke atas