Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bawang yg berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, Allium cepa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang merah

Puisi
 

Pacu kuda di tepi kolam,
     Rasa kendur baik direnggang;
Sungguh ada senjata tajam,
     Tidak kupotong sebarang bawang.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa26.08.2021
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa24.09.2021
Emak ke pasar membeli berkilo-kilo bawang merah dan bawang putih untuk keperluan harian. mUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN.Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa11.06.2012
Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli?Tuan boleh melayari laman https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP.Lain-lain02.09.2019
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Bawang merah yang ditumbuk oleh ibu itu sudah retak. (2) Fikiran Ramli kecoh memikirkan beban hutangnya itu.Pada pandangan kami kedua-dua ayat adalah salah.Tatabahasa25.07.2014
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
Penggunaan huruf besar dan kecil.Bagi jenis sayur contoh cili merah kulai (adakah semua huruf C,M,K adalah huruf besar?) contoh lain : mangga harumanis, bawang merah rose..Jika jenis dalam bahasa Inggeris kelapa jenis Malayan Tall (huruf M,T ditulis huruf besar?)Kesemuanya menggunakan huruf kecil kerana senarai tersebut ialah kata nama am.Lain-lain04.06.2014
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009

Kembali ke atas