BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, cerita rakyat Melayu yang popular, berkembang mulanya dalam bentuk lisan dan kemudian diterbitkan dalam bentuk buku untuk bacaan umum.
SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang.
Thanks for clicking. That felt good.