Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung nuri, Psittacula spp.; ~ api, Psittacula alexandri; ~ budiman, Psittacula eupatria; ~ lepas, Psittacula krameri;niat hati nak getah ~, sudah tergetah burung serindit prb lain yg diingini, lain yg didapat (diingini adik tetapi mendapat kakak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan ~(-bayan) sj ikan laut, Bodianus spp., Choerdon spp., Scarus spp., Thallosoma spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar nyata, terang; ilmu ~ pengetahuan yg menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dlm al-Quran;membayankan sl menerangkan, menghuraikan, menjelaskan;terbayan nyata, jelas, terang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayan

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Burung bayan buat sarang;
Kalaulah tuan kasihkan kami,
     Rebutlah saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bayan di tangan habis terlepas.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai.Lain-lain01.05.2007
tolong tafsirkan makna bayanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 141  bayan bermaksud 1. sejenis burung 2. sejenis ikan laut 3. nyata, terangMakna23.04.2008
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga?

Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih.

Makna17.08.2021
SAYA INGIN PASTIKAN PENGGUNAAN SAMPAI / TIBA DI DALAM URUSAN SURAT MENYURAT PEJABAT KAMI. LAMPIRAN DIKEPILKANSampai dan tiba , kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Namun begitu, lazimnya kata "tiba" digunakan dalam konteks yang tersebut seperti Tiba di PDC, Bayan Baru. Tatabahasa16.03.2015

Kembali ke atas