Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : 1. garis timbul yg berlilit-lilit di sekeliling bahagian luar skru atau bahagian dlm nat, ulir; 2. sesuatu yg kelihatan spt benang: tuala yg tepinya dihiasi ~ perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : 1 bahagian skru (nat dll) yg timbul dan berbelit-belit. 2 sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebenang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIVETAN

Perivetan ialah kaedah menyambungkan dua

plat logam dengan bol tanpa bebenang yang

dibuat daripada aluminium, besi, atau keluli, yang

dikenali sebagai rivet. Rivet mempunyai kepala

bulat di satu hujungnya.

UMUM 
KACA GENTIAN

Kaca gentian juga dinamakan kaca serabut,

ialah kaca dalam bentuk gentian halus (bebenang).

Gentian ini mungkin banyak kali lebih halus

daripada rambut manusia, dan kelihatan serta

berasa seperti sutera.

UMUM 
PLEKSUS SURIA

Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus

sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia

adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi.

Sistem ini mengawal visera (organ dalam)

abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi

disambungkan oleh cabang dengan organ rongga

abdomen.

UMUM 
SEMUT POKOK HIJAU

Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia

adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa

dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam

tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok

dengan menjambakkan daun dan mengikatnya

dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang

apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya.

UMUM 
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 
TALLOWTREE

Tallowtree ialah nama beberapa jenis pokok

yang mengeluarkan bahan melekit yang boleh

digunakan sebagai ganti lemak haiwan (tallow

dalam bahasa Inggeris) untuk membuat lilin. Kini,

lilin mineral biasanya digunakan, bukan lemak

haiwan, untuk membuat lilin. Pada masa dahulu,

pokok yang paling kerap digunakan untuk bahan

melekit ini ialah tallowtree China . Biji pokok ini

tergantung pada bebenang bak lilin di antara

daunnya. Kapsul dan bijinya dihancurkan dan

direbus dan dikaup lemak yang timbul di

permukaan. Lemak ini kemudiannya dicairkan dan

ditapis.

UMUM 

Kembali ke atas