Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : 1. garis timbul yg berlilit-lilit di sekeliling bahagian luar skru atau bahagian dlm nat, ulir; 2. sesuatu yg kelihatan spt benang: tuala yg tepinya dihiasi ~ perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.be.nang] | ببنڠ

Definisi : 1 bahagian skru (nat dll) yg timbul dan berbelit-belit. 2 sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebenang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
noncoding strandbebenang bukan pengekodanBiologiGenetikBebenang tunggal DNA yang menjadi pelengkap kepada bebenang pengekod. bebenang antipengekodan.
noncoding strandbebenang bukan pengekodanKimiaTiadaBebenang tunggal DNA yang menjadi pelengkap kepada bebenang pengekod. bebenang antipengekodan.
replicationpereplikatanBiologiHistologi dan SitologiProses penduaan molekul asid deoksiribosa (DNA) dengan menyalin molekul yang sedia ada yang bertindak sebagai templat. Proses ini dilakukan oleh enzim polimerase dan setiap bebenang molekul DNA akan membentuk bebenang cas yang berlawanan, iaitu bebenang positif membentuk bebenang negatif dan bebenang negatif membentuk bebenang positif. Ini bermakna setiap bebenang positif dan negatif DNA asal menghasilkan bebenang yang berlawanan, dan satu molekul DNA akan menghasilkan dua molekul DNA. DNA yang asal disebut sebagai DNA primer.
nuclease S1nuklease S1BioteknologiTiadaNuklease khusus yang menguraikan asid nukleik bebenang tunggal atau DNA bebenang tunggal yang pendek, tetapi tidak menguraikan struktur bebenang ganda dua. Nuklease khusus ini digunakan dalam manipulasi gen untuk menukar hujung lekit DNA dupleks dan membentuk hujung tumpul atau menggunting hujung bebenang tunggal selepas pertukaran kepada DNA bebenang tunggal. Nuklease ini juga digunakan untuk mengurai DNA dupleks pada jujukan yang kaya dengan A-T selepas nyahasli separa terma.
single-strand exchangepertukaran bebenang-tunggalBiologiGenetikPemasangan satu daripada bebenang DNA dupleks dengan bebenang pelengkap dalam molekul DNA yang lain dan mengambil alih tempat homolognya dalam dupleks yang satu lagi.
R loopgelung RBiologiGenetikStruktur yang terbentuk apabila bebenang RNA berhibrid dengan bebenang pelengkap dalam dupleks DNA dan menggantikan bebenang DNA asal dalam bentuk gelung yang merentangi kawasan yang berhibrid.
denatured DNADNA nyahasliBioteknologiTiadaDNA yang diubah daripada bebenang ganda dua kepada bebenang tunggal akibat pemecahan ikatan hidrogen yang menghubungkan dua bebenang yang dapat saling melengkapi. bd. DNA asli.
nucleic acid hybridizationpenghibridan asid nukleikBioteknologiTiadaPembentukan molekul bebenang ganda dua melalui ikatan hidrogen antara nukleotida berkomplemen daripada bebenang tunggal dua polinukleotida. Proses ini berlaku antara bebenang berkomplemen DNA dan RNA untuk menghasilkan molekul DNA bebenang ganda dua, molekul RNA bebenang ganda dua atau molekul hibrid RNA-DNA. Penghibridan ini dimangkinkan oleh endonuklease pengehad yang dihubungkan secara kovalen oleh ligase DNA.
discontinuous replicationpereplikaan tak selanjarBiologiGenetikProses pereplikaan apabila bebenang DNA yang tereplikat akan terputus-putus menjadi beberapa bebenang pendek kerana arah keseluruhan pereplikaan satu daripada bebenang induk adalah dalam arah 3� ke 5�. Bebenang DNA yang terputus-putus itu dikenali sebagai fragmen Okazaki.
thread protectorpelindung bebenangKejuruteraanTiadaPenutup yang diskru pada bebenang paip gerudi, selongsong atau tetiub untuk melindungi bebenang itu.
12345678910...

Kembali ke atas