Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.dah] | بده

Definisi : 1. pecah, rabak, sobek (bkn bendungan dll): kerana hujan lebat, empangan itu telah ~; 2. berkaitan dgn (terlibat di dlm, digunakan utk) pembedahan: doktor ~; ilmu ~; perkakas ~; membedah 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab;pembedahan perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupaseseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;pembedah 1. orang (doktor) yg membedah; 2. alat utk membedah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.dah] | بده

Definisi : cara menyembuhkan penyakit dgn jalan memotong bahagian tubuh yg sakit: doktor ~ doktor yg ahli dlm hal bedah; ilmu ~ pengetahuan ttg bedah. membedah memotong atau menghiris bahagian tubuh yg sakit (utk menyembuhkannya): Apabila doktor hendak ~ seseorang pesakit, orang itu biasanya dibius terlebih dahulu. pembedahan perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. ~ jantung terbuka pembedahan pd jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal (tidak melalui jantung) semasa pembedahan itu. ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memulihkan, mengekalkan atau mempercantik paras rupa. ~ mikro pembedahan rumit yg dilakukan pd tisu, sel dsb dlm badan, dgn bantuan mikroskop. ~ plastik pembedahan utk membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa, dgn membuat pemindahan tisu, sama ada utk tujuan rawatan (bagi kecederaan), memulihkan kecacatan atau supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. pembedah 1 orang yg membedah; doktor yg membedah. 2 alat yg digunakan utk membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedah

Puisi
 

Cik Bedah orang Patani,
     Ikan toman dalam nipah;
Tak sudah duduk begini,
     Panggilkan imam kita menikah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan.

Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan.
Istilah08.02.2012
1) "... doktor pakar bedah...". dalam cth ayat di atas, betulkah penggunaan perkataan 'doktor' di atas? atau mengandungi unsur lewah? atau hanya perlu ditulis sebagai : " ... pakar bedah / doktor bedah ..." mohon pencerahan daripada pihak tuan/puanPenggunaan "pakar bedah" sudah memadai kerana perkataan tersebut memang merujuk kepada doktor.Lain-lain13.08.2015
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon).Istilah03.02.2012
Salam sejahtera, Saya rujuk: Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon). Adakah penggunaan 'bedah' sebagai kata nama bila digabungkan dengan kata lain boleh dinyatakan sebagai contoh kejadian 'conversion' dalam tatabahasa B.Melayu? ( http://en.wikipedia.org/wiki/Conversion_%28linguistics%29). Terima kasih atas penjelasan saudara.Bedah toraks (thoracic surgery) ialah istilah perubatan dan biologi, termasuk istilah MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia). Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, dari aspek tatabahasa peristilahan, istilah boleh dibentuk dengan menggunakan kata tunggal (tanpa imbuhan), kata terbitan, kata ganda, dan bentuk gabungan. Pembentukan sesuatu istilah juga bergantung pada konsep bidang berkenaan dan hasil perbincangan sesama pakar bidang tersebut.Istilah07.02.2012
padanan istilah Melayu untuk istilah Inggeris 'staff surgeon'

Sdr. Nordin, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Istilah bagi staff surgeon ialah staf pakar bedah atau kakitangan pakar bedah. Terima kasih.

Istilah29.06.2009
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris

Sekiranya diterjemahkan secara literal  "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210.

Istilah01.03.2009
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih.

Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A.

Makna09.11.2009
Apakah istilah yang sesuai digunakan bagi SCRUB SUIT yang digunakan dalam bidang perubatan?Terjemahan yang sesuai bagi scrub suit ialah sut bedahMakna25.06.2020
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu.

Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu.

 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut.

2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru.

Lain-lain25.08.2022
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan terdahulu. Lalu, jawapan untuk soalan no. 2 saya ialah...?: 2) Antara 'pembedahan torasik' (dalam Kamus Inggeris-Melayu untuk 'thoracic surgery') dan 'bedah toraks' (dalam Kamus Istilah untuk 'thoracic surgery'), adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? Bolehkah saya nyatakan sebagai tiada perbezaan, kedua-duanya betul, dan hanya beza takrifan kamus? Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.Kedua-dua istilah tersebut sama, cuma berbeza dari segi pembentukan kata.Istilah07.02.2012
12

Kembali ke atas