Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bég] | بيݢ

Definisi : (bég) bekas utk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dll yg dibuat drpd kulit dll; ~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian; ~ bimbit a) beg kecil berbentuk empat segi yg digunakan utk membawa dokumen; b) = ~ jinjit beg yg dijinjit atau dijinjing; ~ buku = ~ sekolah beg utk mengisi buku-buku sekolah; ~ diplomatik beg atau bekas yg berisi surat rasmi, barang dsb yg dihantar kpd atau drpd sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dsb; ~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil utk mengisi wang; ~ galas = ~ sandang beg yg digalas pd bahu; ~ kepit sj beg tidak bertali yg biasanya dibawa dgn mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dgn tangan; ~ surat beg tempat surat; ~ tangan beg perempuan yg dijinjing di tangan atau digalas di bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bég] | بيݢ

Definisi : /bég/ berbagai-bagai jenis bekas pakaian dll yg dibuat drpd kulit dsb: ~ tangan sj beg kecil utk orang perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beg


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beg Merah Beg BiruA. Wahab RaufDewan Pelajar1 August 1981
Beg menangkap pencuriZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 November 1979
Beg untuk KakakOmar MamatPelita Bahasa1 January 2002
Beg Duit HilangTiadaUtusan Kiblat1 January 1986
Beg kalis gegarN. Z. AbidinDewan Siswa1 April 1987
Beg untuk keselamatanTiadaDewan Siswa1 April 1985
Beg komputerN. Z. AbidinDewan Siswa1 October 1984
Beg untuk berekspedisiAhmad FahmiDewan Siswa1 June 1991
BegMaslina AliDewan Siswa1 February 1983
Cerpen Beg bertempo cepatAli MajodDewan Siswa1 February 1983
12

Kembali ke atas