Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bég] | بيݢ

Definisi : (bég) bekas utk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dll yg dibuat drpd kulit dll; ~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian; ~ bimbit a) beg kecil berbentuk empat segi yg digunakan utk membawa dokumen; b) = ~ jinjit beg yg dijinjit atau dijinjing; ~ buku = ~ sekolah beg utk mengisi buku-buku sekolah; ~ diplomatik beg atau bekas yg berisi surat rasmi, barang dsb yg dihantar kpd atau drpd sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dsb; ~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil utk mengisi wang; ~ galas = ~ sandang beg yg digalas pd bahu; ~ kepit sj beg tidak bertali yg biasanya dibawa dgn mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dgn tangan; ~ surat beg tempat surat; ~ tangan beg perempuan yg dijinjing di tangan atau digalas di bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bég] | بيݢ

Definisi : /bég/ berbagai-bagai jenis bekas pakaian dll yg dibuat drpd kulit dsb: ~ tangan sj beg kecil utk orang perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawatCadangan pembetulan adalah seperti yang berikut:  Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas  sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat.Tatabahasa06.04.2009
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur.

2.   Beg-beg plastik sampah.

Tatabahasa27.04.2014
As'salam dan selamat pagi. Saya ini bertanya tentang penggunaan perkataan yang lebih sesuai sama ada "beg galas' atau "beg sandang' Contoh ayat" Pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada di pasaran". TQWaalaikumsalam, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, beg sandang ialah  beg yg digalas pd bahu; dan beg galas juga bermaksud beg yang digalas pada bahu. Oleh itu kedua-dua kosa kata ini boleh digunakan.Istilah12.07.2018
saya ingin mengetahui penggunaan beg paiping dalam istilah melayu, adakah boleh menggunakan beg piping, beg pastri?Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, istilah bahasa Melayu untuk "piping bag" ialah beg paiping.Istilah16.01.2017
Kebanyakan beg kelihatan serupa, sila pastikan beg anda dengan menyemak nombor daftar beg anda sebelum pulang.Kebanyakan beg kelihatan serupa. Pastikan anda menyemak nomobor daftar beg anda sebelum anda pulang.Tatabahasa24.07.2008
Masukkan buku ke dalam beg atau di dalam beg? Yang manakah betul?Ayat yang betul - Masukkan buku ke dalam beg. Tatabahasa17.05.2011
Salam, Perkataan manakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi beg udara? 1) Beg udara mengembung apabila berlaku perlanggaran. 2) Beg udara mengembang apabila berlaku perlanggaran. Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan Lain-lain20.05.2022
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan beg atau "wovwn bag"?Penjodoh bilangan untuk beg ialah "sebuah beg".Lain-lain31.05.2022
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasihKedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul.Tatabahasa14.10.2014
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
123456789

Kembali ke atas