Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bég] | بيݢ

Definisi : (bég) bekas utk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dll yg dibuat drpd kulit dll; ~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian; ~ bimbit a) beg kecil berbentuk empat segi yg digunakan utk membawa dokumen; b) = ~ jinjit beg yg dijinjit atau dijinjing; ~ buku = ~ sekolah beg utk mengisi buku-buku sekolah; ~ diplomatik beg atau bekas yg berisi surat rasmi, barang dsb yg dihantar kpd atau drpd sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dsb; ~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil utk mengisi wang; ~ galas = ~ sandang beg yg digalas pd bahu; ~ kepit sj beg tidak bertali yg biasanya dibawa dgn mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dgn tangan; ~ surat beg tempat surat; ~ tangan beg perempuan yg dijinjing di tangan atau digalas di bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bég] | بيݢ

Definisi : /bég/ berbagai-bagai jenis bekas pakaian dll yg dibuat drpd kulit dsb: ~ tangan sj beg kecil utk orang perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reservoir bagbeg takunganPerubatanTiadaBeg yang menakung oksigen atau gas anestesia untuk dibekalkan kepada pesakit. Saiz beg untuk pesakit dewasa biasanya 2 liter manakala kanak-kanak ialah 0.5 liter hingga 1 liter.
heavy bagbeg beratSukanTiadaSebuah beg besar berbentuk silinder yang diisikan pasir, serbuk kayu atau kain perca. Beg ini digantung sebagai alat latihan menumbuk.
air bagbeg udaraFizikNanoteknologiMembran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester.
plastic bag silosilo beg plastikVeterinarTiadaBeg plastik berbentuk tiub yang digunakan untuk menyimpan foraj dalam pembuatan silaj. Beg plastik ini mestilah tebal dan kuat supaya udara atau gas tidak mudah keluar masuk atau mudah terkoyak. Hal ini perlu supaya keadaan anaerobik dapat diwujudkan bagi menghasilkan silaj yang berkualiti.
polybegbeg plastikLandskapTiadaBeg yang diperbuat daripada plastik berwarna dan digunakan sebagai bekas tanaman sementara di semaian. Sinonim polibeg.
handbagbeg tanganPentadbiran PerniagaanTiadaBeg perempuan yang dijinjing di tangan atau digalas di bahu.
book satchelbeg bukuPerpustakaanTiadaBeg yang digunakan pada zaman pertengahan untuk mengangkat buku-buku yang biasanya digantung pada tali pinggang wira.
apache bagbeg apacheKesenianTiadaBeg yang agak panjang, bersegi empat tepat, dibuat dengan tampal cantum kulit dan bahagian bawahnya berumbai.
ice bagbeg aisPerubatanTiadaBeg getah yang diisi dengan kepingan ais (separuh penuh) dan diletakkan berhampiran dengan sesuatu organ atau pada badan, yang bertujuan untuk menyejukkan bahagian tersebut.
foldover clutchbeg lipat kepitKesenianTiadaBeg kecil berbentuk sampul dengan bukaan pada bahagian atas, ditutup dengan cara dilipat dua dan dibawa dengan cara dipegang atau dikepit.
12345678910...

Kembali ke atas