Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beg plastik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur.

2.   Beg-beg plastik sampah.

Tatabahasa27.04.2014
Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ?

Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi.

Tatabahasa11.03.2010
Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”,  (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya"
dan  (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.”

 

Tatabahasa14.06.2022
Apakah penjodoh bilangan untuk beg plastik?Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi beg plastik.Lain-lain12.03.2010
Apakah penjodoh bilangan bagi beg plastik sampah. bagi tujuan penjualan produk.Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi beg plastik.Tatabahasa12.11.2013
Fungsi -nya ialah kata ganti nama diri ketiga, perkataan "memasukkannya" dalam ayat: "Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik." perlu tukar "memasukkannya" kepada "dimasukkannya" menjadi ayat : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu dimasukkannya ke dalam beg plastik?Perkataan dimasukkan digunakan dalam ayat pasif seperti "kulit siput dimasukkan oleh Siti ke dalam beg plastik".Tatabahasa24.06.2014
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.Ayat yang betul ialah ayat kedua.

Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.
Tatabahasa21.06.2014
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu. Perlukah kita menambah imbuhan apitan bagi perkataan yang pertama jika terdapat dua kata terbitan digunakan dalam satu ayat? Contohnya: Mereka mengumpulkan dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik. Atau sebenarnya patut ditulis, 'Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik'?Terima kasih.Ayat "Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik." sudah gramatis tanpa meletakkan imbuhan -kan bagi perkataan mengumpul.Tatabahasa12.03.2013
Salam sejahtera ! a) beg plastik sampah b) plastik sampah Yang manakah betul merujuk kepada plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah. terima kasih.Salam sejahtera,
Tuan, sekiranya merujuk kepada "plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah" , istilah yang tepat ialah "beg plastik sampah". Perkataan "plastik" bermaksud "bahan sintetik ynag pelbagai warna untuk membuat pelbagai alatan".
Istilah03.03.2015
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

Siti meletakkan pinggan ke dalam besen.

Siti menyimpan pisau ke dalam laci.

Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik.

Siti membuang sampah ke dalam tong sampah.

Siti menyapu sampah di kelas.

Siti makan di kantin.
Tatabahasa06.09.2023
12

Kembali ke atas