Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitulah

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Garam bercampur dengan lokan;
Umpama nabi kasihkan umat,
     Begitulah saya kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
componendkomponenMekanikGunaan1. Salah satu daripada tiga vektor yang diperoleh apabila suatu vektor dileraikan. Sesuatu vektor komponen boleh pula dileraikan kepada tiga komponennya sendiri, dan begitulah seterusnya. 2. Sesuatu bahagian struktur kejuruteraan yang melengkapkan struktur itu dan membolehkannya berfungsi. istilah ini biasanya digunakan berkaitan dengan mesin dan enjin. 3. sebarang radas elektrik di dalam litar.
bureaucratic leaderpemimpin birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya.

intermittent gas liftangkat gas terputus-putusKejuruteraanTiadaSinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan.
pyramid of numberpiramid bilanganBiologiEkologiPiramid yang menunjukkan hubungan angka di antara aras trofik dalam satu rantai makanan. Pada piramid bilangan, spesies yang melimpah terbentuk di dasar piramid, dan yang paling sedikit di atas. Piramid bilangan menunjukkan bahawa pengeluar yang membentuk dasar piramid dimakan dengan banyaknya oleh herbivor yang bilangannya kurang daripada pengeluar. Herbivor pula akan dimakan oleh karnivor yang bilangannya kurang daripada herbivor, dan begitulah seterusnya.

Kembali ke atas