Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kal] | بکل

Definisi : 1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;bekal-bekalan bermacam-macam bekal; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; perbekalan bekalan; pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kal] | بکل

Definisi : 1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekal

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Isi dada bekal berjalan.

Bermaksud :

Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi.Pantun Melayu SarawakKasih
Bawa bekal bertan-tan, Dibawa juga seguni garam; 1,700 berkejar ke hutan, Merentasi gunung, bukit curam.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Buat bekal mudik ke hulu, Singgah sebentar di Tanjung Puteri; Belum buat fikir dahulu, Tidak menyesal di belakang hari.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Makan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Andainya sagu terus diparut, Banyaklah bekal ke mana pergi; Andainya ilmu terus dituntut, Banyaklah bekal hidup dan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas