Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekalan

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kali sebentuk,
     umpannya seekor,
sekali putus sehari berhanyut.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lonjok[ln.dZ/]kata namasejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), mangkuk tingkat, siya.Acu ambek lonjok tu, mok nok buboh laok ni.[A.tSu Am.be/ ln.dZ/ tu m/ n/ bu.boh lAo/ ni]Ambilkan mangkuk tingkat tu, mak nak bubuh lauk ni.

Kembali ke atas