Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekalan

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kali sebentuk,
     umpannya seekor,
sekali putus sehari berhanyut.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka.Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain.Tatabahasa05.10.2011
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
Bolehkah jemahan berikut digunakan? renovation supplies = bekalan ubahsuaianDalam pangkalan data kami, supplies diterjemahkan kepada bekalan atau keperluan. Oleh itu, perkataan renovation boleh diterjemahkan kepada bekalan/keperluan ubah suai bergantung pada konteks ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan23.04.2014
Adakah bekalan SST sebagai frasa Nama?Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Mohon puan nyatakan ejaan penuh bagi akronim SST.Tatabahasa17.12.2023
Apakah wujud Perbezaan maksud antara 'bekalan elektrik' dan 'tenaga elektrik'Bekalan ialah benda-benda yang digunakan dan dalam konteks ini benda yang digunakan ialah tenaga elektrik. Kedua-duanya boleh membawa maksud yang hampir sama.Makna20.06.2016
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
Salam Sejahtera, Apakah perbezaan antara bekalan dengan perbekalan dari segi makna? Sekian Terima kasih.Dalam Kamus Dewan bekalan dan perbekalan sama maksudnya, iaitu benda yang disediakan sebagai bekal.Tatabahasa14.04.2014
Yang manakah antara ayat yang berikut bersifat gramatis: (a) Gangguan bekalan air itu telah menimbulkan banyak masalah kepada para penduduk. (b) Gangguan bekalan air itu telah banyak menimbulkan masalah kepada para penduduk.Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya. Tetapi ayat (a) lebih gramatis.Makna21.09.2006
Salam sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan tentang soalan berikut: Seluruh kawasan perumahan itu.......kerana bekalan elektrik terputus. A. bergelap B. kegelapan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan penjelasan lanjut tentang jawapan yang dianggap betul/sesuai. Terima kasih.Seluruh kawasan perumahan itu bergelap/kegelapan kerana bekalan elektrik terputus. Bergelap bermaksud berada dalam gelap dan kegelapan bermaksud perihal gelap atau keadaan gelap. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

Tatabahasa04.11.2015
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
123456

Kembali ke atas