Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekalan

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kali sebentuk,
     umpannya seekor,
sekali putus sehari berhanyut.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kalau tuan naik perahu, Jangan lupa bawa bekalan; Kapten Samsudin memberi tahu, Cuaca buruk Ba' Kalalan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Burung nuri terbang tinggi, Angin bertiup sebelah barat; Mari kita pergi mengaji, Bekalan hidup dunia akhirat.Pantun Melayu SarawakAgama
Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas