Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ka.lan] | بکلن

Definisi : sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekalan

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kali sebentuk,
     umpannya seekor,
sekali putus sehari berhanyut.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bell transformerpengubah locengTeknikElektrikPengubah dua belitan langkah turun yang disambungkan pada bekalan utama untuk bekalan litar loceng. Voltan bekalan diturunkan daripada 240 V kepada tiga kadaran, biasanya 3 V, 6 V, dan 12 V. Pengubah ini boleh digunakan untuk bekalan litar loceng, pembaz atau gong.
site amenityameniti tapakLandskapTiadaKemudahan asas yang terdapat di lokasi projek. Contohnya, bekalan elektrik, bekalan air dan kabin.
supply systemsistem bekalanTeknikElektrikSistem pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna. Sistem ini bergantung pada jenis voltan bekalan atau nilainya. Antara sistem bekalan arus ulang-alik dan sistem bekalan arus terus.
autosuppliesbekalan alat kereta/bekalan alat motorPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
public utilitieskemudahan awam/utiliti awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk kegunaan awam seperti bekalan elektrik, bekalan air.
uninterrupted power supply (UPS)bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS)Teknologi MaklumatTiadaSatu alat yang secara automatik akan membekalkan kuasa kepada peralatan komputer khususnya dan peralatan elektrik umumnya apabila bekalan kuasa elektrik biasa (TNB) terputus. Bekalan elektrik UPS diperoleh daripada bateri yang dicas semasa bekalan elektrik biasa ada. Sebenarnya UPS mengandungi bateri boleh cas semula dan suis automatik. Tempoh bekalan elektrik UPS bergantung kepada keupayaan bateri boleh cas semula. Kebiasaannya antara 15 minit hingga 1 jam, iaitu masa yang mencukupi untuk menyimpan fail elektronik atau kerja-kerja lain sebelum bekalan tenaga terputus seterusnya.
standby power supplybekalan kuasa tunggu sediaSosiologiTiadaBekalan kuasa yang digunakan apabila bekalan kuasa yang biasa digunakan terputus.
uninterruptible power supply (UPS)bekalan kuasa tanpa gangguanSosiologiTiadaBekalan tenaga elektrik yang tidak terganggu akibat kegagalan bekalan elektrik utama.
balancer setset pengimbangTeknikElektrikSatu set alat kelengkapan yang berfungsi sebagai pengimbang bekalan voltan yang terdiri daripada motor dan penjana arus terus. Set ini biasanya digunakan untuk bekalan voltan talian bekalan arus terus setelah mengalami kesusutan voltan akibat pemasangan beban yang tidak seimbang di antara talian positif dengan talian negatif.
water supplybekalan airKejuruteraanKejuruteraan BangunanBekalan daripada satu sumber air bersih yang mencukupi untuk kegunaan dosmestik, perdagangan, industri ataupun untuk kegunaan memadam kebakaran seperti bekalan pili bomba dll.
12345678910...

Kembali ke atas