Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kas] | بکس

Definisi : 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesankesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : 1 tanda-tanda yg terdapat pd sesuatu selepas dipegang dll; kesan: Di atas tangga yg basah itu, kelihatan ~ tapak kasut. 2 dahulunya pernah menjadi… tetapi sekarang tidak lagi: ~ askar seseorang yg dahulunya pernah menjadi askar. ~ luka (kudis) parut pd kulit kerana luka (kudis). ~ tangan hasil kerja tangan seseorang. berbekas ada atau tampak bekasnya atau tandanya: Tangannya masih ~ tanah. membekas 1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya. membekaskan meninggalkan sesuatu sbg bekas atau kesan: Peristiwa itu ~ kenangan di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan atau tempat mengisikan sesuatu: ~ sirih tempat menyimpan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bekas-bekas tapak kaki yang dijejakiSiti Hawa Haji SallehDewan Sastera1 December 2005
Bekas-bekas kosongNor Salmi Abdul RahimDewan Siswa1 July 1997
Bekas Sampul SuratKak TijahDewan Pelajar1 March 1979
Bekas Bunga Daripada BuluhAbdul Wahid MuhammadDewan Pelajar1 November 1978
Bekas Bahan TulisKak NDewan Pelajar1 October 1978
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Imegresen Dituduh RasuahTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Bekas Mufti Selangor Meninggal DuniaA. ZaidelDewan Masyarakat1 March 2008
Bekas negara jajahan: nasibnya bagaimana?Izani Haji DaudDewan Masyarakat1 June 1994
Bekas PM minta pampasanSulaiman MasriDewan Masyarakat15 May 1979
Bekas pengetua Taman Asohan RIDA menulis mengenai pengertian pelajaranekonomi rumah-tanggaAzizah Ja'afarDewan Masyarakat1 October 1965
1234

Kembali ke atas