Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
MAJLIS KERJASAMA TELUK

Majlis Kerjasama Teluk ialah sebuah

organisasi negara-negara Arab yang bekerjasama

dalam bidang-bidang tertentu seperti pertahanan,

tentera dan dasar ekonomi. Enam negara yang

menganggotainya, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman,

Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.

UMUM 
KESATUAN KREDIT

Kesatuan kredit ialah persatuan perbankan

yang dijalankan khusus untuk bekerjasama demi

faedah anggotanya.

UMUM 
MONOPOLI DAN PERSAINGAN

Monopoli dan persaingan ialah dua keadaan

dalam perniagaan. Dalam monopoli, sesebuah

syarikat atau satu kumpulan syarikat yang

bekerjasama mengawal bekalan sesuatu atau

perkhidmatan yang tidak mempunyai sebarang

pengganti. Dalam persaingan, sebilangan firma

yang bersaingan menjual barangan atau

perkhidmatan yang sama kepada pembeli.

UMUM 
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
PERIKATAN

Perikatan menggabungkan dua atau lebih negara

dalam pertahanan bagi menentang ancaman musuh

atau musuh bersama. Ahli dalam sesuatu perikatan

bersetuju bekerjasama sekiranya berlaku

peperangan atau menghalang musuh daripada

menyerang. Satu perikatan selalu menghasilkan

sebuah perikatan yang lain untuk mengimbangi

kuasa perikatan yang pertama.

UMUM 
PERSATUAN PERDAGANGAN

Persatuan perdagangan ialah sebuah

organisasi yang bukan bermatlamatkan

keuntungan dan mewakili sekumpulan firma

perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai

kesatuan masing-masing secara sukarela dan

menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di

dalam sebuah kesatuan perdagangan akan

bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian.

UMUM 
ARNE, THOMAS

Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu

Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule,

Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi

dengan muzik amat penting dalam perkembangan

opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff,

seorang penulis drama Irish, bekerjasama

menghasilkan balada seperti Love in a Village .

Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon

Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari

lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London.

UMUM 
ROSTROPOVICH, MSTISLAV LEOPOLDOVICH

Rostropovich, Mstislav Leopoldovich

(1927– ) ialah pemain celo terhandal di dunia. Dia

juga merupakan seorang pemimpin yang unggul.

Sebagai pemain celo, dia menonjolkan emosi dan

imaginasi melalui kepelbagaian ton dalam

iramanya. Ramai penggubah lagu telah

bekerjasama dengannya. Antaranya Sergei

Prokofeiv, Dimitri Shostakovich, dan Aram

Khachaturian dari Kesatuan Soviet, serta Benjamin

Britten dari United Kingdom.

UMUM 
KEKKONEN, URHO KALEVA

Kekkonen, Urho Kaleva (1900–1986), menjadi

presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun

1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang

dijalankannya telah menyelamatkan Finland

daripada menjadi sebuah negara Komunis.

Kekkonen menekankan pengecualian dalam

Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua

pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di

bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli

bersekutu kepada European Free Trade

Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan

Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam

persidangan keselamatan Eropah yang dapat

menjamin mengurangkan tekanan di kalangan

orang Eropah.

UMUM 
12

Kembali ke atas