Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooperative strategystrategi bekerjasamaPengurusanPerancanganSuatu strategi pengurusan yang dilakukan oleh dua atau lebih organisasi yang berpakat untuk mencapai matlamat yang sama. Tujuan utama strategi ini adalah untuk mencapai kecekapan operasi, menjimatkan kos perniagaan dan mengurangkan persaingan. Antara skop strategi bekerjasama yang boleh dilakukan adalah dengan berkongsi sumber dan berpakat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan secara bersama-sama. Contohnya, strategi bekerjasama yang dilakukan oleh beberapa syarikat telekomunikasi yang berkongsi kos untuk mendirikan menara pemancar.
aversive conditioningpengkondisenan aversifPergigianTiadaTeknik untuk mendapatkan perhatian daripada pesakit kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan rawatan. Teknik ini digunakan kepada kanak-kanak yang tidak memberi kerjasama bagi menjalankan rawatan pergigian. Pesakit akan diletakkan di atas kerusi pergigian. Sekiranya pesakit tidak bekerjasama, doktor pergigian akan meletakkan tangannya pada mulut pesakit dan menyuruhnya diam atau tidak boleh menangis. Sekiranya pesakit bekerjasama, doktor akan melepaskan tangannya dan memuji serta menenangkan pesakit. Teknik ini agak kontroversi kerana menggunakan kekerasan untuk menjalankan rawatan. Sinonim teknik tangan atas mulut
collaboratebersubahatSejarahTiadaPerbuatan bekerjasama atau membantu musuh atau pihak lawan, bila berlaku pencerobohan atau pendudukan kuasa tentera.
family therapyterapi keluargaPsikologiPsikologi UmumTeknik terapi yang melibatkan ahli keluarga seperti suami, isteri dan anak-anak yang bekerjasama sebagai satu kelompok untuk berusaha menyelesaikan masalah ahli keluarga. Terapi ini tidak mengambil masa yang lama dan biasanya difokuskan kepada masalah khusus seperti pergaduhan yang sering dihadapi atau remaja yang mengalami kemurungan. Setiap ahli keluarga perlu bekerjasama, memperbaik komunikasi antara mereka dan sentiasa bersikap terbuka kepada perkara yang boleh membawa kebaikan.
scenographersinograferKesusasteraanTiadaIndividu yang bekerjasama dengan pengarah teater untuk menghasilkan seni reka pentas.
collaborationkarya bersama; pemuafakatanKesusasteraanTiadaPerihal bekerjasama di dalam melaksanakan suatu kerja.
collaborationkarya bersama; pemuafakatanPerpustakaanTiadaPerihal bekerjasama di dalam melaksanakan suatu kerja.
collusionsubahatSejarahTiadaKeadaan atau hasil bekerjasama atau bersubahat.
collaboratorkolaboratorPerpustakaanTiada1. Kolaborator: Seseorang yang bekerjasama dengan seseorang atau beberapa orang lain dalam penulisan buku dan bertanggungjawab terhadap beberapa aspek di dalam karya yang dihasilkan tetapi tidak bertanggungjawab kepada kandungan karya secara keseluruhannya.
abetmentpersubahatanSains PolitikTiadaTindakan membantu atau bekerjasama melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
12345678

Kembali ke atas