Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang] | بلڠ

Definisi : (bélang) belok, kelok;berbelang; ~-belok berkelok-kelok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : warna yg lebih drpd satu dan berjalur-jalur atau berpetak-petak bentuknya; loreng yg berwarna-warni: harimau ~. berbelang mempunyai belang. berbelang-belang mempunyai belang yg banyak: Bajunya ~ hitam putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang

Puisi
 

Kayu mati patah tergalang,
     Anak helang tersangkut betisnya;
Harimau mati tinggalkan belang,
     Dari belang datang bengisnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Belang yang tamakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20099789834604646
Pak Belang yang rebah (2) Tiada2012978-967-5279-01-0
Kasut Belang hilangDewan Bahasa dan PustakaTiada2003983625644X
Bani dan Belang Tiada2014978-967-430-105-7
Si kucing belangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836295965
Si kuda belang Tiada2012978-967-0414-04-1
Kenapa kuda belang berwarna hitam dan putihDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004983-62-6904-5
Si kucing belang (jld. 9)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836295965
Tanyalah Pak BelangArus IntelekTiada19999831500016
Kenapa kuda belang berwarna hitam putih? : soalan yang ditanya oleh kanak-kanak tentang warnaDewan Bahasa dan PustakaTiada2006983-62-6904-5
12

Kembali ke atas