Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang] | بلڠ

Definisi : (bélang) belok, kelok;berbelang; ~-belok berkelok-kelok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : warna yg lebih drpd satu dan berjalur-jalur atau berpetak-petak bentuknya; loreng yg berwarna-warni: harimau ~. berbelang mempunyai belang. berbelang-belang mempunyai belang yg banyak: Bajunya ~ hitam putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang

Puisi
 

Kayu mati patah tergalang,
     Anak helang tersangkut betisnya;
Harimau mati tinggalkan belang,
     Dari belang datang bengisnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kawakawaaya kurikPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Euthynnus affinis, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan, manakala bahagian sisi dan perutnya berwarna putih keabu-abuan. Terdapat garis bercorak belang-belang serong yang beralun di bahagian hujung badan ikan jenis ini. Aya kurik hidup secara berkumpulan di laut lepas dan gemar memakan ikan kecil, sotong dan udang. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol kurik.
golden trevallygerung belangPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Gnathanodon speciousus. Ikan gerung belang berwarna kuning keemasan dan berbelang hitam serta hidup di kawasan berbatu karang di laut lepas. Spesies ikan ini kadangkala hidup dalam kumpulan kecil dan mempunyai tabiat mencari makanan di dasar laut. Ikan ini mudah ditangkap menggunakan pancing dan amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Nama lain bagi ikan ini ialah gerung-gerung dan daun belang.
black stripebelang hitamBiologiPatologiPenyakit bidang torehan getah yang disebabkan oleh kulat Phytophtora palmivora. Gejala utamanya berupa belang hitam pada bidang tersebut.
black stripebelang hitamKimiaTiadaPenyakit bidang torehan getah yang disebabkan oleh kulat Phytophtora palmivora. Gejala utamanya berupa belang hitam pada bidang tersebut.
tiger stripebelang harimauBiologiPatologiBalang yang terdiri daripada jalur-jalur kuning yang memisahkan kawasan nekrosis. Keseluruhan gejala tersebut berlatar belakang kawasan hijau yang normal hingga nampak seperti belang harimau.
tiger stripebelang harimauKimiaTiadaBalang yang terdiri daripada jalur-jalur kuning yang memisahkan kawasan nekrosis. Keseluruhan gejala tersebut berlatar belakang kawasan hijau yang normal hingga nampak seperti belang harimau.
stripebelangBiologiPatologiGejala berupa kawasan yang telah kehilangan warna asalnya (nyahwarna) yang memanjang, selari dan berselang-seli dengan kawasan asalnya.
stripebelangKimiaTiadaGejala berupa kawasan yang telah kehilangan warna asalnya (nyahwarna) yang memanjang, selari dan berselang-seli dengan kawasan asalnya.
soil stripebelang tanihGeografiTiadaTiada
block stripebelang bongkahGeologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas