Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.yar] | بلاير

Definisi : 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,

Puisi
 

Belayar dari Mengurung,
     Patah tiang layang-layangan;
Sudah mendapat bunga tempisung,
     Akan dibuang sayang-sayangan.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Belayar ke (di) pulau kapuk.

Bermaksud :

Tidur.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belayar dan berniagaSiti Zaleha M. HashimPelita Bahasa1 April 2007
Belayar Secara SenimanA. Samad SaidDewan Sastera1 April 2002
Belayar Di Lautan Merah?Zulkifli SallehDewan Masyarakat1 April 2008
Belayar di lautan biruZulkifli SallehDewan Ekonomi1 February 2007
"Belayar sampai ke pulau"Ritah YahyaDewan Bahasa1 September 2006
Belayar KapalWijaya MalaMastika1 May 1956
Belayar Ke Pulau ImanPuziah MaanamUtusan Kiblat1 February 1988
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayarAzizul Rahman Abdul RahmanDewan Siswa1 August 1994
Selamat belayar, bahtera!Kho Thong EngPelita Bahasa1 September 1994
Berjalan sampai ke batas belayar sampai ke pulauSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 February 1997
12

Kembali ke atas