Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lian] | بلين

Definisi : 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sl pawang, bomoh; hantu ~ harimau yg mempunyai kekuatan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Eusideroxylon zwageri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belian

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami akan mengadakan belian hebat gudang pada tarikh bukan hari jualan yang ditetapkan oleh KPDNKK, apakah ayat tajuk yang sesuai diguna. Cadangan saya ialah BELIAN HEBAT GUDANG tetapi tidak lulus dari pihak PBT Terima kasih.Pihak syarikat menawarkan jualan bukan belian. Frasa yang betul ialah Jualan Gudang (iaitu pihak syarikat) yang Hebat, dalam bentuk penamaan diringkaskan menjadi "Jualan Gudang Hebat".Lain-lain22.04.2015
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas?Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya.Tatabahasa14.06.2012
Salam sejahtera tuan, merujuk kepada soalan yang diajukan pada 7-3-2022, jawaban yang diberikan oleh pihak tuan adalah seperti berikut. Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" Pertanyaan saya ialah adakah ia boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu belian? Bukankah ia merujuk kepada orang yang sama fungsi seperti dia?

Dalam ayat "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" perkataan “ia” boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu, “ia” dalam konteks ayat ini menggantikan benda/subjek yang dibicarakan.  

Lain-lain18.03.2022
Salam Sejahtera, adakah ayat berikut betul? Permukaan kayu belian licin tetapi kayu ini mudah diukir? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir"

Tatabahasa07.03.2022
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuanWaalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328Lain-lain04.12.2016
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "stakeholder" dalam konteks Perjanjian Jualbeli tanah. Dalam konteks ini "stakeholder" memegang deposit yang dibayar oleh Pembeli sementara baki bayaran belian dijelaskan kepada Penjual.Terjemahan bagi "stakeholder" tersebut ialah pemegang amanah.Makna02.05.2014
Salam sejahtera tuan/puan, Dilampirkan fail untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan bagi perkataan “overweight” ialah “berlebihan”, “underweight” pula “berkurangan” dan “trading buy” ialah “belian dagangan”. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "over-the-counter"? Ayat: Your buying decisions for over-the-counter drugs. Terima kasih.Untuk makluman, istilah "over-the- counter" tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan untuk "over-the-counter drugs" ialah ubat belian kaunter.Istilah07.05.2014
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih.Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. Penyemakan dan penterjemahan19.09.2010
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan sama ada padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut adalah tepat dan bersesuaian dalam konteks ayat: (a) casual purchases “Casual purchases may be made by the Head of Division for an amount not exceeding $10,000 in respect of any item or class of related items.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “casual purchases” ialah “belian sambilan” (b) Accepting Authority “The Quotations Committee shall receive, open and analyse all quotations and shall make recommendations in writing to the Accepting Authority. The Committee shall also submit to the Accepting Authority all quotations received.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “ Pihak Berkuasa Penyetuju Terima” (c) Government Central Contact “Notwithstanding the provisions of these By-Laws, where it is deemed to be of benefit to the Authority, the Authority may participate in the Government Central Contract.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “Kontrak Pusat Kerajaan” Mohon nasihat dan pandangan tuan.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1) Casual Purchases: Pembelian Sambilan/Pembelian Sesekali

2) Accepting Authority: Pihak Berkuasa Penerima

3) Government Central Contact: Kontrak Pusat Kerajaan

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah11.04.2022
12

Kembali ke atas