Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lian] | بلين

Definisi : 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sl pawang, bomoh; hantu ~ harimau yg mempunyai kekuatan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Eusideroxylon zwageri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lian] | بلين

Definisi : barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belian

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Tidak pakai tukang, Belian kayu hutan; Hidup lintang pukang, Syaitan perosak iman.Pantun Melayu SarawakBudaya
Aluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas