Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti nama diri ketiga utk orang yg lebih tua atau yg dihormati: Pak cik saya berpangkat besar tetapi ~ tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN

SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED HUSSEIN ALATAS

SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007), ahli akademik dan pemikir intelektual. Beliau lahir pada 17 September 1928 di Bogor, Indonesia. Beliau menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajiannya di University of Amsterdam, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sosiologi dan pada tahun 1963, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari universiti yang sama. Beliau ialah anak Melayu pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Dari segi penguasaan bahasa, selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Belanda dan Sunda, beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Jerman.

BUDAYATokoh
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
SYED HUSIN ALI

SYED HUSIN ALI (1936- ), ahli akademik, ahli politik dan aktivis sosial. Beliau lahir pada 23 September 1936 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan agama hingga lulus Darjah Khas. Syed Husin kemudian belajar di Government English School, Batu Pahat hingga tahun 1953. Beliau menyambung pelajarannya di English College, Johor Bahru sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1958 dan ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1963. Kemudian beliau dilantik sebagai pensyarah di jabatan Pengajian Melayu di universiti tersebut. Pada tahun 1972, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari London School of Economics and Political Science, University of London.

BUDAYATokoh
SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN

SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN ( ? - 1690), ulama Indonesia. Beliau berasal dari Minangkabau. Nama beliau semasa kecil ialah Si Pono. Ayahnya bernama Pampak. Beliau suka mengikut ayahnya berniaga di pekan Batang Bengkawas. Pada tahun 1559, beliau mengikut ayahnya yang masih beragama Buddha berpindah ke Sintuk. Kemudian, mereka berpindah pula ke Ulakan. Syeikh Burhanuddin meneruskan perjalanan ke Aceh dan berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau berguru selama 13 tahun dan ada pendapat lain mengatakan beliau berguru dengan Syeikh Abdul Rauf selama 30 tahun. Rakan seperguruannya yang lain ialah Syeikh Tajul Khalwati (Bugis) dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Terengganu).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH JUNID TOLA

SYEIKH JUNID TOLA (1886-1948), pendidik dan ulama. Beliau lahir di Kampung Tarlola, Tapanuli Selatan, Sumatera, Indonesia. Nama asalnya ialah Simanonga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Desa Kampung Maga. Kemudian, beliau merantau ke Deli dan Basilam, Langkat, Sumatera Timur. Beliau belajar agama di Pondok Basilam, Tanjung Pura dan berguru dengan Syeikh Abdul Wahab. Beliau menukarkan namanya kepada nama Junid mengambil sempena nama seorang ulama tasawuf yang terkenal Syeikh Junid al-Baghdadi. Bagi mengingati asal usul, namanya ditambah dengan `Tola’ singkatan nama Kampung Tarlola tempat kelahirannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH GHARIEB SYEKH RAOUF

SYEIKH GHARIEB SYEIKH RAOUF (1923-1975), ahli politik. Beliau lahir pada 19 Ogos 1923 di Batu Pahat, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang peniaga yang berasal dari Siak Inderapura, Sumatera. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian, beliau belajar di High School, Batu Pahat dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Senior Cambridge kerana Perang Dunia Kedua telah merebak ke Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, TUN

SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, Tun (1918- ), pentadbir, Yang Dipertua Negeri Melaka (1975-1984). Beliau lahir pada 11 Oktober 1918 di Tanjong, Kerian, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah dan Sekolah Melayu Tanjong (1924-1928). Pada tahun 1929, beliau belajar di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1930-1941) hingga lulus Senior Cambridge. Beliau memperoleh Diploma in Arts dari Raffles College, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BUSTANIY, BATRAS AL-

Bustaniy, Batras al- (1234–1300 H./1819–1883

M.) ialah pemikir dan penyelidik Lubnan. Beliau

ialah seorang tokoh kebangkitan kebudayaan

Arab pada abad ke-19.

UMUM 
LAT, DATO'

Lat, Dato’ (1951-   ), kartunis. Beliau lahir pada 5 Mac 1951 di Kampung Lalang, Kota Baharu, Perak.

KESENIANTokoh
12345678910...

Kembali ke atas