Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti diri ketiga (utk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liau] | بلياو

Definisi : kata ganti nama diri ketiga utk orang yg lebih tua atau yg dihormati: Pak cik saya berpangkat besar tetapi ~ tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
NielsenNielsenKomunikasiKorporatNama individu yang menerajui aktiviti penyelidikan khalayak media dan pemasaran. Nama sebenar beliau ialah Arthur Nielsen yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam bidang media, beliau berjaya mengukuhkan sistem pengesanan khalayak media, terutamanya media elektronik yang menjadi panduan utama kepada pengiklan untuk meletakkan kedudukan iklan di ruang siaran. Apabila sistem televisyen digital diperkenalkan, Nielsen telah mengekodkan program televisyen dengan kod pendengaran yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia. Beliau telah menggunakan kaedah meter Active/Passive (A/P) untuk mengenal pasti program televisyen dengan kod audio yang jelas dan nyata.
MayorDatuk BandarPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir tertinggi dalam konteks pentadbiran sesebuah bandaraya. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan segala bentuk urusan pentadbiran bandaraya diuruskan dengan betul, teratur dan mengikut perancangan. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diberikan, biasanya beliau dibantu oleh sebuah lembaga penasihat yang terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sebelum tahun 1978, segala bentuk urusan pentadbiran Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Namun demikian, pada pertengahan 1978, kabinet baru telah disusun semula dan Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kementerian Wilayah Persekutuan.

statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganSeorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia.
jazz poetrypuisi jazKesusasteraanTiadaPuisi yang dibaca dengan iringan muzik jaz. Puisi ini berasal daripada balada Vachel Lindsay daripada puisi beliau yang bertajuk General William Booth. Pada tahun 1930, penyair Afro-Amerika, iaitu Langston Hughes mengadaptasikan bentuk puisi tradisional kepada irama jaz. Beliau percaya bahawa muzik Afro-Amerika ialah bentuk seni yang utama bagi bangsanya. Puisi jaz menjadi semakin popular di Amerika Syarikat pada tahun 50-an. Kumpulan penyair yang digelar The Beat Generation juga menyumbang kepada perkembangan puisi jaz. Pada tahun 70 hingga 80-an, iaitu era punk, pasca-punk dan new-wave, generasi baharu penyair jaz seperti James Berry dan E.F. Braithwaite terus mengembangkan bentuk puisi ini.
historicismfahaman sejarahSains PolitikHubungan AntarabangsaProses mengkaji dan mempelajari sesuatu analisis politik dengan menyelidik perjalanan sejarah. Contohnya, Karl Marx menganjurkan pandangan mengenai interpretasi materialis tentang fahaman sejarah masyarakat manusia. Menurut beliau, sejarah manusia difahami melalui pertentangan kelas, iaitu antara kelas penindas dengan kelas tertindas. Beliau meramalkan perkembangan sejarah manusia melalui analisis sejarah yang bersifat dialektik materialisme. Oleh itu, aspek material yang penting dalam perkembangan sejarah manusia ialah aktiviti ekonomi.
cosmic staticstatik kosmosMatematikTiadayang ditemui beliau pada tahun 1932.
Palestine Liberation Organization (PLO)Pertubuhan Pembebasan PalestinSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1964 di Mesir sebagai wakil hal ehwal rakyat Palestin. Pertubuhan ini diketuai oleh Yasser Arafat sejak tahun 1969. Beliau merupakan ketua kumpulan al-Fatah, iaitu salah sebuah kumpulan dalam organisasi tersebut. Di bawah kepimpinan beliau, taktik perjuangan pertubuhan ini telah bertukar daripada penggunaan senjata kepada kaedah rundingan atau diplomasi. Selepas Perang Teluk (1991), pertubuhan tersebut mula menerima kewujudan Israel dan mengadakan rundingan dengan negara tersebut. Persetujuan Oslo (1973) yang ditandatangani di White House bersama Presiden Clinton melahirkan autoriti kuasi-kerajaan Palestin yang memberi kuasa kepada pertubuhan tersebut untuk mengawal 40 peratus daripada Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Sinonim PLO.
garden city movementgerakan bandar tamanKesenianSeni BinaKaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari.
ohnosecondohnosaatTeknologi MaklumatTiadaWaktu yang sangat singkat semasa seseorang menyedari yang beliau telah tersalah tekan kekunci atau arahan pada skrin yang mengakibatkan kerja-kerja yang telah lama dilakukan terpadam begitu sahaja.
president-electpresiden terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganPresiden Amerika Syarikat yang baru dipilih untuk menyandang jawatan tersebut tetapi belum dilantik secara rasmi. Kedudukan ini bersifat transisi atau sementara apabila beliau telah dapat mengalahkan bekas presiden. Contohnya, George Bush memenangi pilihan raya pada November 2000 mengalahkan Bill Clinton dan dari tarikh kemenangan itu hingga ke Januari 2001 beliau digelar sebagai presiden terpilih.
12345678910...

Kembali ke atas