Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.liung] | بليوڠ

Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliung

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaAsah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.

Kembali ke atas